Assalamualaikum semua… .Hari ini saya,Nur Fatihah binti Muhamad akan
menceritakan pengalaman ketika exam silat pertama saya.Ha,siapa kata silat
tiada exam?Salah tu.Kalau tiada exam, kita tidak akan tahu di mana level
kita.Dengan exam juga kita akan bekerja keras untuk memahami dan mengingati apa
yang telah dipelajari sepanjang pembelajaran berlaku.
Pada 29
November 2017 (Rabu),terciptalah sejarah buat saya yang pertama kalinya
mengambil exam silat.Kami ada exam pada waktu kelas iaitu 9-11 malam.Memang
berdebarlah.2 hari sebelum sudah rasa debarannya.Yalah,selalu kita buat buah
(gerakan silat) pada partner kita sahaja.Tapi exam,kami kena bagi buah pada
tenaga pengajar kami sendiri.Bayangkan rasa takutnya macam mana.Kalau
partner,kita tolak atau sepak sedikit sahaja sudah jatuh.Tapi bagi tenaga
pengajar,mereka akan keraskan badan supaya kita buat buah itu dengan betul.
Memang
takutlah.Bukan takut sebab markah kena tolak,tapi takut tidak dapat buat
sebaiknya sebabnya saya sudah mula rasa sayang pada Silat Cekak Hanafi UKM
(SCHUKM).
Jadi,tunggu
punya tunggu,tibalah giliran saya untuk ambil exam.Kami telah mempelajari 10
buah asas dan 10 buah jatuh.Dalam exam kami,kami dikehendaki buat 5 buah asas
dan 5 buah jatuh.Tiga buah akan diberitahu dan 2 buah lagi ikut kehendak
kita.Jadi,kami wajib menghafal setiap nama buah beserta dengan geraknya.Kalau
tidak hafal,boleh dikatakan mustahil untuk membuatnya.
Dengan
Bismillah,saya masuk ke dalam sebuah bilik.Dalam bilik itu terdapat seorang
juri lelaki dan seorang tenaga pengajar perempuan.Tenaga pengajar tersebut akan
jadi partner saya.Maksudnya saya kena bagi buah pada dia.Dengan fikiran yang
resah dan gelisah,saya terus buat buah pada dia.Tiba pada buah jatuh,saya
tersilap buat buah.Buah yang diminta adalah Jatuh Kidung Kiri tetapi saya buat
Jatuh Kuntau Kiri.Kedua-dua buah ini lebih kurang sahaja cara jatuhnya.Yang
bezanya adalah kaedah yang diambil kita pihak lawan serang.
Waktu itu
memang sudah kelam kabutlah.Tapi saya cuba coolkan balik fikiran dan sambung
exam tersebut.Akhirnya,exam tersebut habis dengan jayanya.
Betapa
leganya bila exam tahap 1 sudah tamat.Kalau tidak rasa macam tidur tak
lena,makan tak kenyang,mandi tak basah.Hahaha…acah betul.
Dan hari
ini,5 Disember 2017,kami telah mendapat result exam tahap 1.Cepatkan!!!Hahaha…sebenarnya
markah sudah ada waktu exam tamat lagi.Tapi disebabkan sudah habis waktu
kelas,jadi pemberian markah ditangguhkan pada kelas seterusnya iaitu hari
ini.Alhamdulillah.Walaupun tidak mendapat A,saya bersyukur la.Kiranya itulah markah
yang menunjukkan hasil usaha saya selama ini berbaloi.Mesti pembaca
tertanya-tanya berapa markah sayakan?Cuba teka!!Clue dia,nak dekat A tapi bukan
A.Kalau tuan hamba bijaksana,apakah jawapannya??
Jeng jeng
jeng jeng.Jawapan dia adalah 78%.Tahniah kepada siapa yang jawab betul.Markah
setiap buah adalah 5.Semua buah saya dapat 4 kecuali buah yang terkantoi tadi
tulah.Dapat 3 markah.Untuk asas saya dapat 20/25 manakala jatuh 19/25.Okaylah
itu.Saya rasa saya tahu apa yang menyebabkan saya tidak ada satu pun buah yang
dapat 5 markah (full mark).
Saya
teringat kata-kata Naib YDP SCHUKM saya waktu kami semua tamat exam pada Rabu
leppas.Dia tanya pada kami apa maksud silat.Ramai yang kata seni pertahankan
diri.Dia kata betul.Tapi maksud yang lebih tepat adalah pergerakan 2 tangan dan
2 kaki dalam keadaan yang waras dan fikiran yang tenang.Pada masa exam tersebut
berlangsung, saya sedar bahawa kewarasan dan ketenangan fikiran sudah lama
tiada.Saya pada masa itu,disebabkan diri dikuasai oleh rasa gemuruh,saya
bagaikan binatang yang buas.
Hahaha..mesti pembaca tidak percaya.Tapi saya sendiri dapat merasakannya
bahawa saya berkelakuan macam itu.Saya bagi buah pada tenaga pengajar dengan
ganas dan kalua tenaga pengajar itu bukan professional,sudah pasti akan ada
kecederaan pada dia.Tamat sahaja exam, saya langsung tak ingat apa yang berlaku
dalam bilik exam itu tadi.Yang saya ingat,saya tersalah buat buah dan juri suruh
ulang semula.Waktu itu,saya bagai dikejutkan dari mimpi oleh juri itu sendiri.
Itu
menunjukkan yang saya tidak cuba untuk bertenang.Jadi kepada pembaca semua,
cuba tenangkan diri walau apa jua keadaan.Pastikan fikiran sampai dulu sebelum
bertindak apa-apa.Itu sahaja dari saya.Oh, kali ini tiada gambar.Maaf.Takkanlah
saya mahu tangkap ketika ambil examkan?Hahaha…
Terima kasih
kerana membaca.Assalamualaikum…
No comments:
Post a Comment