Translate

Monday, 11 December 2017

Jom Pergi Skytrex!!!

          Assalamualaikum kepada pembaca semua.Maafkan saya sebab sudah lama tidak update blog.Hehe.Okay,hari ini pembaca nak ke tidak mendengar pengalaman saya yang baru sahaja tadi berlaku.Ha nak tidak???Hahaha…

          Okay,hari ini saya beserta geng aktiviti lasak saya telah pergi ke Skytrex,Taman Botani Shah Alam.Ha siapa tahu Skytrex itu apa?Skytrex adalah aktiviti yang dilakukan di atas pokok.Macam lalu jabatan gantung,flying fox dan bermacam-macam lagi.Skytrex di Shah Alam terbahagi kepada 3 peringkat.Peringkat 1 adalah Litle Adventure,2 adalah Big Thrill dan akhir sekali iaitu peringkat 3 adalah Extreme Challenge.

          Peringkat ini dibahagi mengikut ketinggian cabaran itu di atas pokok.Macam Litle Adventure,cabaran ini sesuai untuk kanak-kanak disebabkan ketinggiannya yang tidak tinggi.Orang dewasa juga boleh turut menyertai cabaran ini Cuma tidak terasa cabarannya di situ.

          Bagi mereka yang ambil Big Thrill,terasa jugalah cabarannya.Saya bersama-sama geng-geng saya telah mencubanya tadi.Terasa jugalah gayat dia bila main flying fox.Memang seronoklah.Tapi part yang tidak seronok adalah bila kena naik jaring untuk ke atas dan bila nak kena naik tangga.Hah memang penat betul.Sudahlah naik jaring itu ada di garisan permulaan.Memang sengaja nak buat saya patah semangat.Naik tangga itupun satu hal lagi.Tinggi betul tangga itu.Waktu itu memang pasrahlah kalau tangan terlepas dari tangga itu.Tapi kakak saya cakap,kalau kita terlepas,automatik kita punya tali akan tegang dan tamping berat badan kita supaya tidak jatuh.Senang cerita,kamu semua akan tergantung sahaja dekat atas itu walaupun kamu semua tersalah buat semasa melalui semua cabaran dekat situ.

          Oh lupa nak bagi tahu.Sebelum kita melalui cabaran-cabaran itu,kita akan diajar oleh instructor mereka yang pakar.Mereka akan mengajar cara pakai alat keselamatan di badan kita,cara nak sambungkan peralatan-peralatan itu,cara menggunakannya,cara nak kunci peralatan itu supaya kita selamat ketika menjalani cabaran itu dan pelbagai lagi.Sebelum kita melalui cabaran sebenar,kita diberi peluang untuk berlatih.Tempat berlatih itu tidaklah tinggi mana.Tinggi dia lebih kurang aras bawah mana-mana sekolah dengan tingkat satu.Okay,sambung balik cerita tadi.Memang seronoklah main skytrex ini.Apatah lagi saya hanya pernah merasa main flying fox sekali sahaja.Itupun pendek sahaja.Langsung tidak ada rasa tercabar dekat situ.Tetapi dekat Skytrex,kamu semua akan bermain flying fox banyak kali sampai kamu sendiri rasa macam nak muntah.Hahaha..

          Tapi yang tidak seronoknya,kami disuruh oleh penjaga dekat situ untuk skip 3 cabaran disebabkan kekangan masa.Sedih betul.Kalau tidak,bolehlah merasa duduk lama dekat atas pokok.Tidak boleh buat apalah.Kalau kami datang lebih awal,pasti dapat bermain lama dekat atas itu.Huhuhu…

          Akhir sekali adalah Extreme Challenge.Wah,yang ini memang extreme betul.Hahaha…Awal-awal lagi sudah kena naik tangga.Sudahlah tangga itu tinggi pula itu.Hahaha…nasib bagi siapa yang ambil Extreme Challenge.Skytrex ini adalah peringkat yang paling tinggi dalam Taman Botani Shah Alam itu.Paling tinggi dan paling jauh perjalanan dia serta paling banyak halangan.Saya teringin untuk merasai pengalaman ini.Tetapi sebelum itu saya kena mempersiapkan diri saya dahulu.Saya kena tingkatkan stamina saya sebelum pergi berjuang.Hahaha…Sudahlah naik yang Big Thrill pun boleh tercungap-cungap.Ini yang extreme.Hahaha…tidak tahulah apa yang bakal terjadi kalau stamina tidak tinggi.


          Di bawah adalah gambar yang kami ambil semasa buat Skytrex tadi.Selamat menonton dan selamat mencuba.Assalamualaikum..


Bergambar sebelum pulang..



Geng-geng aktiviti lasak.Walaupun nama "geng-geng",sebenarnya ini kawan-kawan yang sekerja dengan kakak saya.Hahaha.Saya paling muda!!



Dah habis!!!(Last cabaran)



Berselfie sambil menunggu giliran untuk naik flying fox.



Huhuhuuu...Flying fox



Tinggikan???Nama saya tidak?Yang tengah naik tangga itu geng saya.Saya dekat pokok lagiu satu.Tengah bersedia untuk naik flying fox.

No comments:

Post a Comment