Translate

Friday 15 December 2017

Kenangan di TiKL

          Assalamualaikum para pembaca sekalian.Apa khabar semua?Hari ini kita berjumpa lagi nampaknya.Hehehe…Ini adalah blog saya yang terakhir untuk assignment Aplikasi Komputer ini tetapi inshaallah kalau saya ada masa,saya akan update apa-apa yang berlaku.Okay?Terima kasih tau sebab sudi membaca blog saya yang tiada info penting ini.Bolg saya semunya menceritakan tentang pengalaman.Mesti pembaca bosankan bila baca saya punya blog?Hehehe,maaf.

          Okaylah,tanpa membuang masa lagi,saya akan ceritakan pengalaman saya yang seterusnya.Sebelum ini pengalaman dari UKM dan KMS kan?Okay,hari ini saya bawakan khas pengalaman saya di sekolah teknik.

          Sebenarnya tiadalah menarik sangat pun pengalaman di teknik.Cuma adalah juga yang boleh dijadikan sebagai kenangan terindah dalam hidup.Ceh,ayat!!!Okay,sebelum saya menceritakan pengalaman di teknik,izinkan tuan hamba membuat pengenalan sedikit tentang sekolah tuan hamba itu.

          Pada tahun 2014,saya telah mendapat tawaran untuk masuk di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) atau nama glamour dia TiKL.Kenapa TiKL?Sebab nama Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur apabila diinggeriskan jadi Technical Institute of Kuala Lumpur (TiKL).Jadi,memang ramai orang lebih gemar menyebut TiKL berbanding SMTKL.Sekolah ini didirikan di Bandar Tun Razak,Cheras.Sekolah ini tidaklah jauh sangat dengan rumah.Sebab itu ayah saya berusaha masukkan saya dalam sekolah itu.Kalau boleh ayah tidak mahu saya bersekolah jauh-jauh.Setakat ini,tempat paling jauh saya belajar pun adalah Banting.Sedihkan?Hahaha..tapi saya tidak kisah pun.

           Sebenarnya saya ni bukan 1st intake di TiKL.Saya adalah 2nd intake.Permohonan pertama saya tidak berjaya tetapi saya tidak kisah sebab saya mula suka belajar Sains.Waktu tingkatan 4,disebabkan saya tidak Berjaya masuk teknik untuk 1st intake itu,saya telah masuk kelas aliran sains.Saya belajar Fizik,Kimia,Biologi,Add Math dan lain-lain.Saya mula sukakan hidup baru tersebut sebab dalam adik-beradik saya tiada seorang pun yang ambil aliran sains.Semuanya akaun.Jadi,bilansaya berbeza dari mereka,mestilah saya bangga.Hehehe…

          Saya mula bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah memandangkan rasa takut saya melihat organ badan dan darah yang banyak tidak teruk.Hahaha…Tapi cita-cita saya musnah apabila saya ditawarkan masuk TiKL ketika bulan 2.Rupanya dalam diam ayah saya berusaha supaya saya belajar di sekolah cluster itu.

          Setiap malam menangis sebelum pergi TiKL.Hahaha…Yelah,1st time duduk asramakan.Waktu hari pendaftaran,selepas berkemas baju di Dorm,keluarga saya pun balik ke rumah.Saya cubalah kuatkan diri supaya tidak menangis waktu itu.Malu kot nangis depan orang.Hahaha…

          Saya homesick 3 hari dekat TiKL.Teruk betul.Hahaha..Orientasi untuk 2nd intake tidak teruk pun.Cuma dengar taklimat untuk satu hari dan keesokan harinya kami dibenarkan mengikuti kelas.

           Oh lupa nak bagi tahu.Nama dorm saya adalah Kiambang.Nama dorm untuk aspuri (asrama puteri) adalah nama bunga manakala aspura (asrama putera) adalah nama tokoh.Waktu tingkatan 4,saya duduk kelas Perdagangan 2 a.k.a Perd 2.Dalam dorm Kiambang,kalau tidak silap saya ada 27 orang penghuni.Ramaikan?Sudah macam tin sardine saya tengok.Hahaha…Budak kelas saya ada dalam 30-32 orang.Saya tidak ingat sangat.Benda sudah lama berlaku.

          Dalam bulan 2 itu juga,ada satu pengumuman yang menarik minat saya.Mereka mengumumkan bagi siapa yang mahu masuk kawad kaki Bomba,boleh pergi ke padang bomba pada jam 5 petang.Pengumuman bagi siapa yang mahu masuk kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) pun ada dan pada waktu yang sama Cuma tempat yang berbeza.

          Saya yang mempunyai pengalaman kawad kaki kadet polis dari Tingkatan 2 sampai 3 mula terfikir untuk masuk kawad kaki bomba di TiKL.Saya tidak mahu masuk KRS sebab kena tukar kaki.Polis dan Bomba kedua-duanya dimulakan dengan kaki kiri tetapi KRS kaki kanan.Bukan senang nak tukarnya.

          Jadi,berbekalkan keberanian dan semangat,saya turun pada petang itu.Mula-mula kami diajar untuk berkawad selama beberapa hari sebelum pemilihan diadakan.Akhirnya,apabila hari pemilihan untuk kawad kaki bomba tiba,saya dapat buat yang terbaik.Akhirnya,saya menjadi salah seorang peserta utama kawad kaki bomba.

          Kami berlatih tidak kira pagi ,siang ataupun malam memandangkan pertandingan peringkat zon bakal tiba.Apabila pertandingan peringkat zon tiba,Bomba TiKL lelaki dan perempuan telah menjuarai dengan mencapai tempat pertama dalam kategori GO.Alhamdulillah..Memang seronok sangat waktu itu.Disebabkan kami menduduki tempat pertama  pada peringkat zon,kami telah pergi ke peringkat seterusnya pula iaitu peringkat negeri.

          Pada peringkat negeri,Bomba TiKL perempuan telah memenangi tempat ketiga manakala lelaki memenangi tempat kedua dalam kategori GO.Gembira serta bersyukur sangat waktu itu.Walaupun tempat ketiga,bagi saya untuk memenanginya di peringkat negeri itu bukan senang.Selama saya kawad kaki polis pun,kami hanya berjaya pegang tempat ketiga peringkat daerah.Jadi,memang bersyukur sangatlah waktu itu.

           Sebelum cuti panjang pada bulan 6,saya ditawarkan oleh senior untuk mengikuti pemilihan kawad kaki kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak.Saya pada masa itu menolak sebab kos pergi ke Sarawak bukan murah akan tetapi senior kata pergi ke sana percuma.Hanya kalau nak berbelanja sahaja menggunakan duit kita.Mendengarkan ayat itu,saya pun ambil peluang untuk mengikuti pemilihan itu.

          Pemilihan orang dibuat dengan cara bagaimana kita bentang hos.Saya tidak pernah sekalipun mencuba bentang hos selama ini.Kawan-kawan TiKL saya,kebanyakan sudah pernah cuba.Waktu itu,kami 10 orang (5 lelaki & 5 perempuan) adalah wakil untuk proses pemilihan itu.Senang cerita kami adalah 10 orang yang terbaik di kalangan yang terbaik dapat pergi untuk pemilihan.Kami telah bersaing dengan beberapa sekolah lain untuk menempatkan diri kami sebagai salah seorang peserta yang pergi ke peringkat kebangsaan.

          Saya melihat dengan tekun macam mana proses membentangkan hos yang seberat 9 kg berlaku.Kawan-kawan TiKL saya yang sudah pernah belajar bentang turut mengajar kami cara mudah dan teknik-teknik bentang yang betul.Apabila giliran saya tiba,saya buat dengan bersungguh-sungguh dan bersuara lantang ketika pemasangan hos siap.

          Alhamdulillah rezeki saya.Saya dapat menjadi salah seorang peserta tersebut.Wakil TiKL yang dapat pergi adalah 6 orang iaitu saya,Shila,Azian,Fuad,Adli dan Shah.Selebihnya adalah sekolah lain.Kami telah berlatih bersungguh-sungguh.Untuk peringkat kebangsaan,terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kawad kaki,kawad hos basah,kawad hos kering,tali,ASPEC (Asas Pertolongan Cemas),kebudayaan, dan akhir sekali Cadet Challenge.

         Saya memegang 3 kategori iaitu kawad kaki,kawad hos kering dan Cadet Challenge.Tapi tiada satu pun yang menang.Hahaha…Walaupun tiada satu kategori yang saya pegang menang,Alhamdulillah wakil Kuala Lumpur (kamilah itu) memenangi tempat ketiga dalam kategori ASPEC.Okaylah itu.Sekurang-kurangnya ada juga tempat kami dapat daripada tiada langsung.

          Hari ke-4 kami di Sarawak,kami dibenarkan untuk melawat banyak tempat.Kami pergi bandar Kuching,kami pergi kedai kek lapis,kami melihat tarian orang Sarawak,rumah orang Sarawak dan pelbagai lagi.Hari ke-5,barulah kami balik ke Semenanjung.

          Itu adalah memori yang paling indah sepanjang saya tingkatan 4.Ketika saya tingkatan 5,memori yang paling indah sudah semetinya kawad kaki bomba dan juga persediaan untuk mengambil SPM.Memang seronok waktu itu.Saya pagi,siang dan malam sentiasa berada di bilik bacaan.Saya akan study di situ dan tidak di dalam dorm.Kalau penat study,saya akan menonton cerita dengan 2 orang rakan baik saya iaitu Afiqah a.k.a Piqa dan Idayu a.k.a Ida dekat bilik TV.


          Walaupun kami selalu menonton cerita sama-sama,Alhamdulillah keputusan SPM saya tidak teruk.Hehehe…Sampai di sinilah ya post saya kali ini.Oh kali ini tiada gambar eh.Hehehe.Bendanya berlaku hampir 2 tahun yang lepas.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum… 

No comments:

Post a Comment