Assalamualaikum semua.Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya.Kali
ini ada kelainan sikit.Sikit sahajalah.Hahaha.. .Selama ini saya hanya
kongsikan pengalaman di UKM sahajakan?Ibarat macam saya lahir terus masuk
UKM.Hahaha…
Tapi hari
ini,mungkin hari-hari seterusnya juga saya akan kongsikan pengalaman saya
sebelum saya masuk UKM.Sebenarnya saya sudah tidak tahu nak cerita apa lagi
tentang pengalaman saya di UKM.Hahaha…yelah nama pun 1st Year.Banyak
manalah sangat pengalaman kami ini.Hahaha..
Okay,hari
ini Cik Fatihah nak ceritakan pengalaman dia di Kolej Matrikulasi Selangor.Wah,
‘CIK’.Terasa muda di situ.Hahaha..memang muda pun.Jangan jealous.Hahaha…abaikan.
Okay,berbalik kepada cerita.Siapa tahu
Kolej Matrikulasi Selangor atau nama glamour dia KMS (Hahaha…glamour sangat)
dekat mana?Maksudnya nama bandar dia.Ya,pandai.Kedudukan KMS adalah di Banting.
Hahaha…mesti
dalam fikiran pembaca bahawa Banting itu panas dan kering.Sebenarnya…memang
betul pun.Hahaha.Masih lagi tidak dapat lupa macam mana rasanya waktu pertama
kali jejak KMS (bukan pertama kali jejak Banting eh.Jejak Banting sudah banyak
kali).Panas dia,hanya Allah yang tahu.Sudahlah 1st puasa pula
itu.Memang menguji kesabaran, keimanan dana apa-apa …nan lagilah.
Lepas
itu,kami ada orientasi dalam bulan puasa itu.Walaupun hanya 4 hari tapi terasa
betul azab dia.Orientasi itu tidaklah menggunakan banyak tenaga.Ianya lebih
kepada duduk dan dengar taklimat.Tapi duduk dan dengar taklimat itu lagi sakit
daripada kita kena bergerak sana sini.Apatah lagi saya memang cepat sahaja
sakit pinggang bila duduk bersila.Sakit pinggang ini tangkap kaki.Itu yang
membuatkan saya lebih rela buat aktiviti fizikal di bulan puasa berbanding duduk
dan dengar taklimat.
Oh lupa nak cerita.Selepas pendaftaran,kami
dibenarkan naik ke bilik masing-masing.Memang hari itu dikira hari bertuah
saya.Saya datang dahulu sebelum bakal Roomate saya sampai.Apa lagi,saya
pilihlah katil yang saya suka.Saya pilih tepi tingkap.Yelah,kitakan tahu
Banting itu panas.Jadi,tidur di tepi tingkap adalah jalan penyelesaian yang
baik untuk kurangkan rasa panas itu.
Lepas
beberapa minit,seorang demi seorang masuk bilik itu.Bilik itu terdapat empat
katil.Hanya kami bertiga sahaja yang menghuni bilik itu.Untuk satu katil yang
masih kosong itu dikhaskan untuk pelajar 2nd intake.
Malam
pertama dekat KMS memang sunyi jugalah.Saya waktu itu bukan macam
sekarang.Waktu itu saya masih malu-malu nak cakap dengan orang yang tidak
kenal.Nak cakap ‘Kau Aku’ pun minta kebenaran.Sekarang?Tidak payah
ceritalah.Saya hentam sahaja panggil ‘Kau Aku’ dengan semua orang tidak kira
junior atau senior.Yelah,dekat U macam mana nak tahu dia senior ke junior.Muka
semua matang macam senior.Tapi lagi muda.Haih,tidak faham.Hahaha…Cuma dalam
blog ini saya guna ayat sopan sikitlah.Sebab blog ini salah satu assignment
kami.Tidakkan nak pakai ‘Kau Aku’ kot.Terkejut pensyarah saya nanti.Hahaha…Maaf,Dr.Hanya
gurauan.
Malam
itu,kami hanya memperkenalkan diri macam nama panggilan (nama sebenar sudah
tahu waktu mereka masuk bilik lagi), tinggal mana, sekolah mana dulu dan
macam-macam lagilah.Kalau senaraikan semua,sampai tahun depan tidak
habis.Hahaha..Oh,nama mereka adalah Nurin dan Farah.
Saya cubalah
bermesra dengan mereka dengan mengajak mereka makan sekali dengan saya (sudah
buka puasa.Hahaha..).Mereka makan-makan malau-malu.Aduh,acah betul roommate saya
ini.Hahaha…kalau mereka baca blog ini memang kenalah saya nanti.Hahaha…
Hari
kedua,ketiga,keempat dan seterunya berlalu.Sedar-sedar kami menjadi semakin
rapat.Masih ingat lagi yang Farah ajak kawan-kawan sekolah dia (kawan-kawan dia
satu matrik dengan kami) makan di bilik kami sebab tidak mahu saya keseoranga
berbuka puasa di hari kelahiran saya.Hahaha…memang terharu betullah.Kawan-kawan
dia pun tidak kisah dan sanggup naik tingkat tiga demi menghormati keinginan
Farah.Baik betul mereka itu.
Akhirnya
hari 2nd intake datang KMS pun tiba.Saya yang masih berada di kelas
rasa berdebar-debar.Saya berharap orang yang bakal jadi roommate saya itu baik
orangnya.Kalau bukan perangai macam kami bertiga pun tidak apalah asalkan dia
bukan budak yang bermasalah.Habis sahaja kelas,saya terus naik atas.Berdebar
pula nak kenal dengan orang baru.Yelah,sayakan pemalu orangnya.Hahaha..acah
sahaja.
Masuk sahaja
bilik,saya Nampak benda rare.Hahaha..Part ini memang kelakarlah bagi saya.Saya Nampak
banyak tudung bersangkut,ada jam dinding (kami bertiga pakai jam tangan
sahaja.Tidak pun jam telefon bila nak tengok waktu.Hahaha…) dan yang paling
menarik adalah ada hiasan.Dia bawa gambar-gambar kawan-kawan sekolah dia dan
ketipkan pada tali.Tali itu disangkutkan pada penyangkut tuala.Itulah hiasan
dia.Oh tidak termasuk dengan lampu kelap kelip yang warna-warni itu.Hahaha…rare
betul budak ini.Fikiran saya waktu itu, ‘Feminin betul dia ini.Aku boleh masuk
ke dengan dia?’ Hahaha…memang kelakarlah bila ingat balik.
Waktu salam
untuk perkenalkan diri masing-masing pun, lembut sahaja suara dia. “Saya
Fazleen.Boleh panggil Faz,” dengan suara lembut.Alahai anak siapalah ini.Hahaha…Maaf,Faz.Aku
gurau sahaja.Hahaha…
Okaylah.Bermula episode kami hidup berempat di bilik 15 itu.Mula-mula
itu memang awkwardlah.Tapi lama-lama,ambil hang.Perangan semua sama.Suka
makan,suka tidur,malas nak turun aktiviti yang diadakan di KMS dan macam-macam
lagilah.Waktu itu,saya bersyukur sangat masuk KMS.Bersyukur dapat roommate yang
memang best.Waktu dekat Teknik,saya asyik fikir bila nak habis SPM.Tapi dekat
Matrik,saya berdoa supaya masa kami di KMS akan menjadi panjang.
Waktu hari
terakhir kami di KMS (hari terakhir exam juga),saya memang menangis teruk
betullah sampai kalau tadah guna baldi memang tidak cukup.Hahaha…Sedih sebab
tinggalkan Bilik 15 ini.Banyak sangat kenangan.Kenangan gelak tawa
sama-sama,kongsi cerita,makan sama-sama dan paling best adalah maki selalu
super tengah malam.Kami jenis tidur lambat masing-masing.Jadi,bila rasa otak
sudah lemau sebab study,kami pun makan.Kami ada heater (bawa senyap-senyap.Hahaha..Jangan
tiru).Jadi,kami bancuh the dan cicah biskut ke ataupun makan maggi ke.
Memang
seronoklah.Oh lagi satu yang best.Kami selalu tengok movie sama-sama.Selalunya
pakai laptop saya.Tapi kadang-kadang laptop Nurin.Kami selalu tengok hari
Jumaat malam Sabtu.Kadang-kadang Sabtu malam Ahad.Kami tengok Hindustan,
Korea,Cerita hantu dan macam-macam lagi.Memang moments itu semua sangat saya
rindukan.
Kalau masa
boleh diputarkan semula,saya selalu berharap supaya saya lebih menghargai masa
kami bersama.Nurin,Faz dan Farah,aku doakan kamu semua baik-baik sahaja dan aku
harap kita boleh jumpa selalu.Aku juga harap persahabatan kita kekal sehingga
ke akhirnya.Hahaha…Sedih betul.
Hahaha…nampaknya
post hari ini pun sentimental juga.Maaflah ya pembaca sekalian.Sampai sini
sahaja coretan saya untuk hari ini.Assalamualaikum..
Gambar pertama kami.(Tudung Coklat depan ni Faz,yang tudung hitam pakai cermin mata itu Farah dan yang bercermin mata tersenyum itu Nurin.hahaha)
Sambut Birthday Farah sama-sama.
Dinner Perakaunan.Baju oren itu jiran kami Bilik 16.Dia selalu datang bilik kami.Senang cerita bilik itu adalah penghuni tambahan Bilik 15.Hahaha..
Sempat ambil gambar hahaha.Datang sini sebab nak cek meja untuk exam dekat mana.Alih-alih ambil gambar.
Apalah yang mereka buat itu.Haha..
Ada gaya K-Pop tidak?.hahaha...
Apa benda?Semua tidur.Haha..
Semua perangai tidak betul
Ais-krim saya sahaja yang tidak ada.Sedih..
Ya Allah,kau berkatilah persahabatan kami sehingga ke Jannah.Amin.
No comments:
Post a Comment