Translate

Tuesday 28 November 2017

Pengalaman Sebagai UPKKM

          Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian.Okay,hari ini saya mahu kongsikan pula pengalaman saya menjadi ‘runner’, ‘usher hadiah’ dan ‘usher red carpet’ sepanjang saya bergelar ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM).

          Kalau pembaca sudah membaca post saya sebelum ini, saya pasti bahawa pembaca yang disayangi sekalian (hahaha..) sudah pun mengetahui bahawa saya telah menyertai UPKKM.Adakah pembaca tahu apa itu protokol?Kalau pembaca kurang berpengetahuan tentang perkara ini, saya syorkan pembaca mencuba untuk menjadi ahli protokol juga walaupun sekali.Memanglah pada mulanya pembaca akan rasa bahawa menjadi ahli protocol itu tidaklah seindah mana.Yelah,kebanyakan kerja protocol adalah jaga VIP,susun kerusi untuk VIP, perlu sentiasa ‘follow up’ dengan VIP dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan VIP (hahaha…bunyi macam tidak seronokkan?saya pun rasa macam itu pada mulanya.)Tetapi sekali pembaca menyertainya, pembaca akan merasa bahawa menjadi ahli protocol ini sangat TERBAIK.

          Okay,sebelum saya menceritakan pengalaman saya menyertai UPKKM, saya mahu menceritakan dulu macam mana saya boleh terjebak untuk menyertai UPKKM.Boleh tidak,pembaca?Kena baca panjang sikit sahaja,okay?

          Pada suatu malam (hahaha…macam cerita dongeng pula), saya bersendirian di dalam bilik mengenangkan diri ini tidak dapat masuk SUKSIS (jangan Tanya kenapa tidak dapat kalua mahu hidup!!hahaha..).Saya memang sudah lama berangan-angan mahu meenjadi SUKSIS (Sukarelawan Polis) sebab mahu menjadi seperti kakak saya yang telah 3 tahun bersama dengan SUKSIS.Saya mahu jadi seperti dia di mana ramai kawan-kawan yang rapat (kawan SUKSIS), rapat dengan jurulatih, dikagumi kawan-kawan mahupun jurulatih dan bermacam-macam lagi.

          Tapi manusia hanya merancang.Saya pergi ke ujian fizikal dan tidak lulus untuk ke peringkat temu duga.Saya redha walaupun agak tertekan.Yang saya risau adalah macam mana untuk saya terus mendapatkan kebenaran untuk tinggal di kolej selama tahun pengajian saya.Takkanlah saya mahu ulang alik dari rumah ke U?Walaupun rumah tidak jauh sangat,tapi kepenatan ulang alik tu pasti terasa punya.Belum lagi kira pasal duit.Mesti melimpah macam air.Yelah,kena bayar duit minya lagi dengan tol lagi tidak termasuk yuran pengajian lagi.

          Saya rasa sebab itu saya tidak dapat SUKSIS.Niat itu tidak betul.Masuk SUKSIS hanya untuk dapatkan kolej.Jadi,kawan saya menenangkan saya.Dia kata, “Malam ini ada temu duga untuk Unit Protokol.Pergilah.”Berbekalkan semangat tanpa apa-apa persediaan (waktu itu saya langsung tidak tahu apa kerja protocol.Hahaha…selamba sahaja pergi temu duga tanpa buat persediaan).Saya pergi temu duga itu dan saya lulus dengan tidak berapa cemerlangnya.Hahahaha…

          Nampaknya perangcangan Allah lagi baik.Sepanjang menyertai UPKKM,saya belajar banyak benda.Antaranya ilmu protocol, dapat ramai kawan juga, dapat senior yang sangat-sangat baik, dihargai oleh sekretariat (lebih kurang persatuan la) yang lain, dapat makan percuma (hahaha… apabila UPKKM bantu secretariat yang lain,secretariat itu tidak akan kenakan bayaran makanan kepada UPKKM.Jadi,kami dapat makanan percuma) dan pelbagai lagi.Pembaca kena tahu.Duduk U memang pakai banyak duit.Jadi,bila dapat makanan percuma,memang ‘Heaven’ la.Hahaha…

          Jadi,berbalik kepada tajuk utama.Pengalaman menjad ‘runner’ dengan ‘usher’.Usher red carpet,tidaklah susah pun kerja dia.Kita hanya perlu
v  berdiri dan senyum sepanjang red carpet apabila VIP berjalan di red carpet tersebut.

v  usher red carpet perlu hafal tentatif dengan masanya sekali.Yelah,kalua VIP tiba-tiba Tanya usher red carpet tentang tentatif tapi kita tidak mendapat menjawabnya,tidakkah malu kita nanti.Bukan kita sahaja yang malu, semua ahli protocol juga akan terpalit sama.

v  usher red carpet juga perlu pastikan pintu tandas yang berdekatan dengan red carpet perlu ditutup sebelum VIP lalu.

v   pastikan tiada cahaya yang silau apabila VIP lalu.

v   pastikan red carpet bersih daripada sebarang jenis sampah.

v  pastikan juga tiada orang lain yang bukan VIP sesuka hati lalu di red carpet

v  Jaga lif supaya tiada orang naik (kalua laluan VIP itu kena naik lif)

dan pelbagai lagi lah.Kalau nak cerita kat sini,satu hari pun tidak cukup.Hahaha…acah betul.

          Okay,selesai pengalaman menjadi ‘usher red carpet’.Yang seterusnya adalah ‘usher hadiah’.Usher hadiah juga tidak banyak kerja.Mereka perlu

  • Bersedia dengan hadiah sebelum MC mengumumkan nama penerima hadiah

  • Pastikan kita tahu di mana kedudukan kita bila nak beri hadiah kepada penyampai hadiah kepada VIP (berdiri sebelah jawatan orang yang rendah sebab dia yang akan beri hadiah kepada VIP untuk disampaikan kepada penerima hadiah).

  • Perlu pantas apabila naik ke pentas (jangan buat VIP tunggu hadiah)


Saya rasa itu jelah agaknya tugas usher hadiah.Sepanjang saya jadi usher hadiah, itulah kerja saya (wah sebut macam sudah banyak kali jadi usher hadiah.Padahal baru sekali.Hahaha…)

          Akhir sekali adalah menjadi ‘runner’.Kerja runner lagi senang tetapi akan jadi susah bila ramai VIP yang akan datang pada masa itu.Sebelum itu,pembaca tahu tidak apa itu runner?Runner adalah orang yang pertama mengetahui ketibaan VIP kerana mereka ditugaskan untuk menunjuk jalan kepada VIP supaya VIP tahu di mana mereka perlu parking.Tugas mereka ialah

  • Kenal VIP (perlu tahu muka,nama,no plate kereta,jenis kereta dengan warna)

  • Pastikan parking kereta VIP sudah di reserve

  • Pastikan kad access ada (sekiranya ada palang dekat parking kereta)

  • War-warkan bahawa VIP sudah sampai supaya ahli lain ‘get ready’

  • Tunjuk arah kepada VIP di mana untuk parking kereta


Itu sahajalah tugas saya sepanjang menjadi runner.Runner ini kena sentiasa bersedia kerana kita tidak tahu bila VIP akan sampai.

          Jadi,sampai sini sahajalah perkongsian saya tentang pengalaman menjadi ‘runner’ dengan ‘usher’.Saya tidak tahu lepas ini saya akan ditugaskan apa pula.Saya minta janganlah saya kena jadi ‘usher utama’ ataupun PIC (person in charge).Dua jawatan ini sangatlah banyak kerja.


          Kalau saya dapat jadi salah satu daripada 2 perkara di atas, saya akan update lagi pengalaman tersebut.Jadi,selamat maju jaya.Assalamualaikum

Hari Interaksi UPKKM


Bergambar setelah habis Program Hari Interaksi UPKKM


Bergambar setelah membantu Sekretariat sukan


Sambil mambantu sekretariat kerohanian,ahli UPKKM dibenarkan join aktiviti tanpa bayaran!!!


Aktiviti sembelihan.Ahli UPKKM turut menyembelih ayam



Bergambar dengan Ustaz yang mengajar tentang sembelihan


Bergampar setelah habis majlis penutupan Karnival Islam Kolej Keris Mas (KI2KM)


Bergambar lag??Hahaha...

No comments:

Post a Comment