Assalamualaikum para pembaca semua.Hari ini boleh tidak saya selitkan dalam blog saya tentang Vandalisme.Saya terfikir untuk masukkan tajuk ini dalam blog saya kerana sebelum ini sayua perlu tulis laporan mengenai Projek Mengindahkan Bandra Baru Bangi.Salah satu perkara yang perlu saya masukkan dalam laporan tersebut adalah,'jika anda diberi peluang untuk membuat program,program apakah yang akan dilaksanakan oleh anda dan terangkan mengapa'.Saya menjawab program 'Banteras Vandalisme' kerana pada hari ini sudah semakin kurang masyarakat kita memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang Vandalisme.Disebabkan itu saya memberi jawapan sedemikian.
Tetapi disebabkan saya tidak boleh membuat program itu,jadi saya ingin memberi kesedaran ini melalui blog saya.Boleh tidak?Hehehe..Okay,saya mulakan ya?
Okay,apa yang pembaca tahu tentang vandalisme??Vandalisme adalah gejala merosakkan harta benda awam."Aduh,apa benda pula harta benda awam itu?"Harta benda awam adalah segala benda atau peralatan yang digunakan bersama sebagi contoh telefon awam, perhentian bas, lampu jalan, papan tanda jalan dan seangkatan dengannya.Faham ke tidak?Kalau tidak faham boleh komen di bawah.Hehehe
"Jadi,apa contoh-contoh kita merosakkan harta benda awam itu?"Contohnya ialah kita menconteng harta benda awam, merosakkan harta benda awam, dan apa-apa sahaja perbuatan yang menyebabkan orang lain tidak boleh menggunakannya dengan baik atau tidak boleh menggunakannya langsung.
"Apakah punca yang menyebabkan gejala Vandalisme ini berlaku?"Okay, puncanya ialah seseorang itu apabila dia marah,dia akan merosakkan segala benda di sekitarnya.Selain itu,orang itu memang sengaja merosakkan harta benda awam bertujuan menyusahkan orang lain.Dan yang ketiga disebabkan oleh mereka tidak didedahkan bahawa bahayanya gejala Vandalisme ini.Dan boleh juga berlaku disebabkan seseorang itu mahu menunjuk protes seperti sebelum ini dia bergaduh dengan ibu bapanya atau sebagainya.
"Biarlah mereka nak buat apa-apa pun,asalkan mereka tidak kacau kita".Benarkah mereka tidak kacau kita.Tahukah anda bahawa ambualans tidak dapat sampai pada waktunya disebabkan oleh papan tanda rosak?Tahukah anda bahawa bomba atau polis tidak dapat bantu orang yang kesusahan disebabkan papan tanda kena conteng?Tahukah anda mereka yang berada dalam kecemasan seperti diculik,dirogol atau apa sahaja disebabkan telefon kecemasan tidak boleh guna/rosak disebabkan gejala ini?Cuba bayangkan yang dalam kesusaha itu adalah ibu bapa kita,adik-beradik kita,saudara mara kita,tidakkah gejala Vandalisme ini telah mengacau diri kita dalam diam??
"Jadi,bagaimana untuk mengatasinya?"Pertama,nasihat mereka yang suka membuat gejala Vandalisme ini.Nasihat baik-baik.Dedahkan kepada mereka bahayanya gejala ini kepada orang lain.Kalau tidak berkesan,berbincang dengan guru atau ibu bapa dia (kalau kenallah) untuk menasihati dia.Mungkin nasihat kita tidak berkesan disebabkan oleh ego dia mengatakan bahawa kita ini muda lagi,alah dia ini sebaya aku sahaja.Jadi,mungkin nasihat orang yang lebih dewasa baka kata orang tua yang sudah lama makan garam ini bagi nasihat.Kalau tidak jalan juga dan dia buat lagi,laporkan kepada pihak berkuasa.Habis cerita.Hahaha.
Jadi kepada para pembaca semua.Marilah kita banteras gejala Vandalisme ini bersama-sama.Sekian,terima kasih.Terima ksaih juga sebab sentiasa baca blog saya walaupun membosankan.Hahaha..Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment