Assalamualaikum para pembaca
sekalian.Hari ini kita kembali ke sedutan episode Kenangan di KMS yang
seterusnya.Episod kali ini apa?Siapa tahu?Kalau pembaca baca post yang sebelum
ini iaitu Kenangan di KMS-Mini KAKOM,ppasti pembaca akan tahu apa yang saya nak
ceritakan pada hari ini.
Hari ini saya nak ceritakan Kenangan
di KMS-Classmate pula.Macam mana hari pertama kami?Macam mana saya mula
berkawan dengan mereka?Macam mana kami bertahan berada di matrik hinggan ke
akhirnya?Dan pelbagai lagi.
Pada hari pendaftaran dan sepanjang
orientasi kami,kami langsung tidak menganali siapa classmate
masing-masing.Oh,kecuali 2 hari sebelum tamatnya orientasi.Kami dikehendaki
untuk mengetahui apa nama kelas kami,siapa classmate dan siapa yang akan
menjadi kami punya mentor.
Kami juga perlu melantik
siapa yang akan jadi ketua dan penolong ketua pada masa itu juga.Saya yang
langsung tidak mengenali sesiapapun di KMS itu (kecuali ada seorang classmate
waktu teknik tapi kami berlainan kelas dan jarang berjumpa) hanya mengekor
sahaja faci kami.Faci kami meletakkan kami di sebuah kelas dan suruh kami
menunggu mentor sampai.Memang awkward betullah waktu itu.Waktu itu,kami hanya
ada 7 orang sahaja.Sudahlah semua perempuan.Hahaha…
Waktu itu kami masih belum lagi
perkenalkan diri.Kebanyakan dari kami buat hal sendiri.Cuma ada seorang
perempuan yang sangat peramah asyik bercakap sahaja kerja dia.Dia nak hilangkan
rasa awkward kami itu.Hahaha…Nama dia Liyana atau kami selalu panggil dia
Liy.Liy satu U dengan saya sekarang.Cuma beza bidang.Saya bisnes dan Liy
ekonomi.
Okay,berbalik kepada cerita kami.Liy
ini memang bercakap sahaja waktu pertama kali kami berjumpa itu.Dia bercakap dan
yang lain hanya mendengar.Hahaha…Kelakar bila ingat balik.Dia bercakap
sampailah dia kehilangan idea nak cakap apa sebab semua tidak memberikan respon
yang baik.Hahaha…Akhirnya mentor kami sampai.
Sebenarnya dia bukan mentor
kami.Mentor kami tidak dapat datang sebab ada hal.Patutlah kami menunggu dia
lama,tidak muncul-muncul juga.Yang datang pada waktu itu adalah pengganti
dia.Dia juga merupakan pensyarah di situ.Nama dia Sir Azman.Sir Azman menyuruh
kami memperkenalkan diri masing-masing.Beliau juga banyak bertanya kepada
kami,macam di mana kami tinggal,adik-beradik kami ada yang masih belajar atau
semua sudah bekerja dam macam-macam lagilah.
Waktu itu barulah saya tahu nama
setiap orang (tapi masih belum dapat menhafal nama masing-masing.Hanya tahu
sahaja.Hahaha..).Yang kecil dan berkaca mata orangnya nama dia Humaira a.k.a
Maira.Yang kecik-kecik orangnya dan putih nama dia Azema a.k.a Ema.Yang tinggi
dan berkaca mata itu adalah Liyana a.k.a Liy yang saya cerita tadi.Yang
berbadan gempal tapi cantik orangnya sedikit nama dia Aisyah a.k.a Ecah.Yang
tinggi dan sado (hahaha…) nama dia Kamilia a.k.a Kamy.Yang sederhana tinggi dia
nama dia Umi.Dan yang terakhir saya.Hahaha..
Waktu itu memang kami masih belum
rapat.Dalam fikiran saya waktu itupun, ‘Aku rasa aku tidak boleh ngam dengan
mereka ini’.Hahaha.. .Alih-alih satu kelas saya rapat.
Kali kedua kami berjumpa adalah waktu kami
semua kena bergabung kelas dengan A3T1.Oh lupa nak bagi tahu.Nama kelas saya
adalah A3T2.Kami disuruh untuk gabung kelas adalah kerana untuk memastikan kami
dapat mengenali antara satu sama lain bukan setakat kelas sendiri sahaja bahkan
dengan kelas lain juga.Kami bergabung hanya untuk lima hari sahaja.Dalam masa lima hari itu,kami telah diajar beberapa asas pelajaran supaya kami bersedia
ketika kelas mula betul-betul.
Waktu pergabungan kelas itu,kelas
kami,A3T2 telah menerima 2 orang ahli baru.Sebelum ini mereka kelas A1…. Berapa
entah.Tapi disebabkan kelas kami hanya 7 orang dan semunya perempuan,mereka
berdua telah ditolak ke kelas kami.Mereka berdua itu adalah lelaki.Yang tinggi
lampai dan berkaca mata serta kurus keding nama dia Zahir dan yang rendah sikit
dan berkaca mata juga serta kulit putih nama dia Wan.
Gambar pertama A3T2.Muka semua nampak baik sahaja.Hahaha..
Hari terakhir bersama A3T1 untuk gabungan kelas ini.
Setelah tamat kami punya kelas
gabungan itu,kami pun belajar seperti biasa.Dalam kuliah,kami duduk
bersama.Makan pun bersama.Mungkin itu menyebabkan kami menjadi rapat dari hari
ke hari.Mereka juga sudah lali melihat saya yang selalu tidur di kuliah mahupun
tutor.Hahaha…
Makan malam bersama buat pertama kalinya.
Semasa kemasukan 2nd
intake,kami menerima lagi 4 orang ahli baru.Perempuan yang rendah tapi elegant
pemakaian dia nama dia Shahidah a.k.a Shida.Perempuan yang lebih kurang tinggi
dengan Shida tetapi Nampak ayu dengan hanya memakai baju kurung biasa nama dia
Syazwani a.k.a Wani.Perempuan yang tinggi orangnya dan berkaca mata serta kulit
putuh melepak nama dia Lidiya a.k.a Lid.Dan yang akhir adalah lelaki yang
tinggi dan sado serta berkulit gelap nama dia Imran a.k.a Im.Dia satu-satunya
lelaki yang ada nama panggilan pendek.Hahaha..
Gambar pertama dengan budak 2nd intake
Kami 11 orang menjalani hidup kami
seperti pelajar-pelajar yang lain.Kami pergi kelas dari pagi sampai
petang,malam pula kami adakan discussion untuk pembentangan.Kalau tiada
discussion,kami masing-masing akan siapkan tutorial sebab kena hantar.Kalau
dekat matrik,kita kena wat tutorial dahulu sebelum masuk kelas tutor sebab kami
telah belajar dahulu di kuliah.Kelas tutor,fungsinya untuk membincangkan
jawapan dan bertanya jika ada masalah.
Bebapa bulan sahaja lagi
sebelum tamanya sem 1,Umi terpaksa tangguh pelajarannya akibat sakit.Tangguh
bermaksud dia akan masuk semula matrik sama dengan batch junior
kami.Jadi,tinggallah kami 10 orang.Banyak jugalah kenangan kami dengan Umi.Kami
beraya bersama-sama (KMS buat sambutan Hari Raya Aidilfitri dekat Dataran
Kosmik) dan pelbagi lagilah.Saya memang rapat dengan Umi apatah lagi kami satu
blok dan satu aras serta no Bilik dia 14.Saya Bilik 15 kan?Bunyi macam dekat
jekan?Tapi sebenarnya bilik kami hujung ke hujung.Hahaha…
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran Kosmik
Tangkap gambar satu kelas
Kali ini selfie pula
Gambar 3 orang jejaka A3T2.Baju merah Zahir,yang tengah Wan dan baju ungu Imran.
Hari tangkap gambar kelas.
Yang ini tangkap sendiri.
Baru balik daripada senamrobik.Hahaha...
Bergambar dengan Madam Shamihah (Math) hari terakhir sem 1
Bergambar selepas exam sem 1 berakhir
Ini tidak ingat.
Ini gambar sem 2 sebenarnya.Tengah ambil result sem 1.
Waktu sem 2,kami menerima seorang
lagi ahli A3T2 yang baru.Dia adalah perempuan dan berbangsa india.Nama dia
Thila.Nama panjang dia susah nak sebut dan eja.Jadi,kami panggil sahaja dia
Thila.
Sem 2 memang mencabarlah.Banyak
sangat projek-projek kami yang besar.Antaranya kami kena buat Rancangan
Perniagaan (RP) beserta produk (kalau nak markah banyak).Rancangan perniagaan
memang kerja leceh sedikit.Saya pernah membuatnya dahulu waktu teknik secara
individu.Cuba bayangkan macam mana?Dengan tiada laptop masa itu dan hanya
mengharapkan makmal computer dan kami diberi masa 2 bulan sahaja untuk
menyiapaknnya.Memang sakitlah.Sebeb itu kami menulis dahulu di kertas sebelum
key in dalam computer.
Tapi di matrik,RP kami adalah kerja
kumpulan.Tapikan saya rasa buat dalam kumpulan ini lagi sakit berbanding
individu sebabnya kalau individu,kita tahu kerja kita dari awal sampai
akhir.Kalau kumpulan,kita mesti agih-agihkan kerjakan?Bila kita agihkan kerja,automatic
kita tidak tahu projek itu dari awal sampai akhir.Satu kerja nak kena baca
balik mereka punya kerja.Memang lecehlah.Tapi Alhamdulillah kami Berjaya siapkan
tepat pada waktunya.
Sem 2 juga kami dikehendaki mengambil
Malaysian University English Test (MUET).MUET itu memang boleh dikira wajib
ambil sekarang.Kalau dahulu MUET diambil untuk menyambung pelajaran ke
peringkat lebih tinggi.Tapi sekarang,kalau nak minta kerja pun mereka akan tengok
kita punya MUET.
MUET terbahagi kepada 4 iaitu
Speaking,Writing,Listening dan Reading.Untuk Speaking,ada 4 orang peserta dalam
1 kumpulan.Saya satu kumpulan dengan Liy,Ema dan Maira (semuanya pandai
berbahasa inggeris kecuali saya.Hahaha…).Waktu berkumpulan dengan mereka,hanya
Allah sahaja yang tahu betapa seramnya saya waktu itu.Saya Bahasa inggeris
tidaklah hebat sangat.Kalau orang cakap memang faham tapi cuba saya sendiri
yang speaking English,aduh memang banyak ‘ah!!!’.Hahaha…
Tapi alhamdulillh.MUET saya berjalan
dengan lancar seiring dengan classmate saya yang lain.Hari terakhir kami di
matrik,kami telah tangkap gambar dengan semua pensyarah dan memberi sedikit
cendarahati kepada mereka.Memang sedih apabila berpisah dengan mereka.Huhuhu…
Classmate saya,A3T2 terima kasih kerana terima
diri saya seadanya.Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya walaupun
saya sudah banyak kali malukan kelas waktu kuliah disebabkan nama saya selalu
disebut oleh pensyarah ketika di kuliah sebab selalu tidur.Saya memang macam
ini.Sekarang dekat U pun sama.Tidak tahu macam mana lagi nak ubah.Tetapi A3T2
tidak pernah tinggalkan saya.Merekalah yang berusaha supaya saya mampu bertahan
daripada tidur dalam kelas.Terima kasih semua.Saya sayangkan kelas kami dan
semua penghuni A3T2.Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.Sekian,terima
kasih.Assalamualaikum..
Dalam kuliah pun sempat bergambar.Hahaha..
Ini lagi dahsyat.Dekat kelas tutor itu sempat berselfie.Hahaha...
Wani (baju oren) pandang mana?Hahaha...
Tengah berlatih untuk MUET Speaking.Sebelah saya adalah Ema.Depan saya adalah Maira dan di sebelah Maira adalah Liy.Kalau tidak kenal saya,tidak tahulah.Hahaha..
Sambut Birthday Wani dengan Zahir
Bergambar selepas study..
Sambut Birthday Mairah
Hari inovasi.Dua orang ini kumpulan saya
Hari inovasi.Tangkap beramai-ramai.
Hari inovasi.Kumpulan saya juga.
Inilah kumpulan saya
Persiapan untuk hari inovasi
Dinner blok bertemakan Arabic & Hindustan.Yang bertutup muka itu cuba agak siapa?Saya!!!Saya lebih kepada tema Arabic dan Maira (sebelah saya) lebih kepada tema Hindustan
Dinner Akaun.Wani yang tengah-tengah itu.
Dinner akaun.Dari kiri,Liy,Ecah,Kamy,Maira dan Saya..
Kelas terakhir dengan Ustaz
Kelas terakhir dengan Madam 'Adilah (Eng)
Kelas terakhir dengan Madam Farah (Bisnes)
Kelas terakhir dengan Madam Shamihah (Math)
Gambar terakhir kami berkumpul bersama.Perasan tidak yang mula-mula kami ambil gambar di tempat yang sama?Jadi,kami mahu berakahirkannya di tempat yang sama juga.Huhuhu..
Hari terakhir dengan Madam Kas (Ekonomi)
Hari terakhir dengan Madam Summayah (Akaun)
Ketika study week,pergi bersukan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment