Translate

Thursday, 14 December 2017

Kenangan di KMS-Mini KAKOM

          Assalamualaikum pembaca.Jumpa lagi ya kita.Perasan tidak yang saya makin rajin update blog.Sebab apa ya?Hahaha…faham-faham sendirilah ya.Sem 1 sudah nak habis.Due date assignments pun makin dekat.Hahaha…

         Okay,post sebelum ini adalah Kenangan di KMS-Roomate.Hari ini saya nak cerita mengenai Kenangan di KMS-Mini KAKOM.Pembaca tahu ke tidak apa itu mini KAKOM?Kalau pelajar atau bekas pelajar Matrik tahulah apa itu KAKOM.Tapi yang bukan tahu tidak?Okay,KAKOM adalah Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi.Kiranya setiap matrikulasi akan bertanding untuk mendapat tempat pertama dalam pelbagai acara seperti Bola Sepak,Bola Tampar,Tennis,Badminton,Bola Baling dan pelbagai lagi.

          Mini KAKOM pula adalah pertandingan yang diadakan di dalam matrik itu sendiri.Tujuan utama dia adalah untuk memberi peluang kepada siapa yang tidak dapat menyertai KAKOM memandangkan mini KAKOM tidak membuat sebarang pemilihan.Ia terbuka kepada semua orang.

          Jadi,kami berempat tidak terkecuali dalam menyertainya.Tahu tidak siapa yang lagi tiga itu?Kalau baca post Kenangan di KMS-Part Roomate,pasti pembaca dapat agak siapa yang saya maksudkan.Di sini pembaca boleh melihat kami memang banyak persamaan.Kami berempat dan 3 orang jiran kami dari Bilik 16 (yang lagi seorang tidak sertai) serta beberapa kawan-kawan sekolah Farah dan kawan sekelas Nurin di Matrik telah bergabung menjadi sebuah kumpulan.

          Kami menamakan kumpulan kami Ranggey yang bermaksud anggun dan cantic.Hahaha…memang pelik nama itu.Saya ikutkan sahajalah.Kami menyertai pertandingan bola baling.Sebelum pertandingan berlangsung,kami telah berlatih hampir setiap hari.Walaupun bukan menggunakan gelanggan yang betul (mempunyai tiang gol) tetapi kami tetap gigih berlatih.Kalau hari hujan,kami tetapkan strategi perlawanan.

          Dalam kumpulan kami,kami masing-masing ada tugas masing-masing ikut kemahiran individu tersebut.Macam saya,saya telah dilantik (acah sahaja.hahaha…) untuk menjadi penjaga gol pertama.Faz dan Farah juga penjaga gol tapi mereka lebih kepada ‘Defend’.Nurin dan yang lain menjadi ‘Offensive’.

           Sepanjang latihan kami,kami telah menerapkan ‘tidak berkumpul’ dalam permainan kami.Maksu di sini adalah apabila pihak kita dapat bola,jangan sesekali berkumpul di satu tempat.Pastikan ambil jarak.Kalau diri kita rasa yakin kita mampu sambut bola dari jauh,kita ambil lagi jarak supaya pihak lawan tidak dapat berebut bola dengan kita dan pihak lawan akan cepat penat sebab nak kejar kita serta dapat mengelakkan kecederaan.Kalau kita berkumpul di satu tempat dan akhirnya berlaku perebutan bola,tidak kea da yang akan cedera nanti?

          Akhirnya,hari pertandingan pun tiba.Kami telah bercadang untuk memakai baju yang sama warna iaitu warna biru.Kami pergi panaskan badan dahulu dan membaca doa agar kami mampu buat yang terbaik dan tiada siapa yang cedera serta semua dapat merasa bermain.Yelah,kami ramai.Yang masuk gelanggang 7 orang sahaja termasuk penjaga gol.Jadi,bagi semua orang dapat merasa bermain merupakan benda paling penting bagi kami.

          Pada hari tersebut,kami tidak perlu menunggu langsung kerana giliran kami adalah yang pertama.Hahaha…memang berdebar.Dalam pertandingan bola baling,terbahagi kepada 4 kumpulan besar iaitu Kumpulan A,Kumpulan B,Kumpulan C dan Kumpulan D.Dalam setiap kumpulan tersebut terdapat 3 kumpulan peserta.Kumpulan saya termasuk dalam Kumpulan B.Memandangkan mereka buka dua gelanggang,jadi Kumpulan A menggunakan gelanggan 1 dan Kumpulan B menggunakan gelanggang 2.

         Itulah sebabnya kenapa kumpulan kami menjadi yang paling awal bertanding.Untuk perlawanan pertama kami ini,prestasi kami tidak memberansangkan sangat.Mungkin disebabkan rasa gemuruh sejak semalam.Hahaha…

          Untuk perlawanan pertama ini,kami kalah (tidak ingat berapa mata pihak lawan dengan kami).Perlawanan kedua kami dengan kumpulan yang lain tetapi masih dalam Kumpulan B.Nampaknya,rezeki kami bermain sampai di situ sahaja.Kami kalah di medan perang.Hahaha…

          Tapi walaupun kami kalah,kami rasa puas sebab semua dapat merasa bermain dan semua orang sangat hebat dalam permainan kedua ini.Cuma penjaga gol ini yang tidak pandai nak tahan bola dari masuk gol.Siapa penjaga gol itu?Sayalah.Hahaha…

          Tamat sahaja perjuangan kami,kami keluar dari gelanggan dan berselfie.Pertama kali saya rasakan bahawa pertandingan yang jenis sukan ini sangat menyeronokkan.Saya ini memang jarang sangatlah bersukan.Saya lebih suka memerap dalam bilik.Akan tetapi,walaupun saya tidak aktif dalam bidang sukan,tidak bermakna saya tidak aktif dalam bidang kokurikulum.Saya lebih kepada kawad kaki.Ha,nanti saya ceritakan pengalaman saya dalam kawad kaki Polis dan Bomba.

          Saya ini tidak berapa suka masuk pertandingan jenis sukan ini.Sebabnya orang akan selalu mengharap pada kita.Saya paling tidak suka bila orang meletakkan harapan yang tinggi pada kita.Tetapi bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan,mereka mula menyalahkan kita.Tidak seperti kawad kaki.Kawad kaki,salah seorang,salahlah semua.Kami pikul kesalahan masing-masing.

           Jadi,Ranggey adalah kumpulan pertama yang membuka mata saya bahawa seronoknya bertanding bersama dalam sukan.Kami tidak menunding jari siapa salah kepada sesiapapun.Kami bermain memanglah untuk menang.Tapi sebenarnya kami lebih kepada bermain untuk seronok.Hahaha…

          Nampaknya,coretan saya berakhir sampai di sini sahaja.Jangan lupa membaca sedutan episod Kenangan di KMS akan datang.Episod akan datang adalah Kenangan di KMS-Classmate.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum..

Baru tamat latihan untuk pertama kalinya




Turun latihan kali kedua.Hahaha...rasanyalah

Berselfie sementara tunggu untuk bertanding


Sudah kalah.Jadi,jom ambil gambar!!!







No comments:

Post a Comment