Translate

Monday, 11 December 2017

Proses Membuat Video Untuk Citra SCHUKM

          Assalamualaikum semua.Hari ini saya nak kongsikan proses pembuatan video untuk Citra Silat Cekek Hanafi UKM.Kami disuruh oleh Citra Kebudayaan untuk membuat video setiap citra sebagai markah kumpulan.Memandangkan SCHUKM adalah under Citra Kebudayaan,jadi kami tidak terkecuali dalam membuat video.

           Video kami terbahagi kepada 5 scene.Scene yang pertama adalah waktu kami mula-mula mendaftar citra SCHUKM ini.Scene kedua adalah scene di mana kami berlatih bersama.Dalam scene mungkin saya ada muncul.Hahaha..Tidak pasti sebenarnya.Sebab mereka yang shooting kami.

          Scene 3 adalah scene 'hoodie'.Scene ini menceritakan tentang 2 orang pelajar perempuan yang baru habis kelas dan balik paling lambat kena serang dengan seorang lelaki berhoodie hitam.Lelaki berhoodie hitam ini pandai dalam seni silat.Tidak tahulah silat apa yang dipakai.Hahaha...Jadi,semasa lelaki berhoodie ini cuba untuk menghalang laluan 2 pelajar perempuan ini,salah seorang pelajar tersebut telah menjerit.Hasil daripada jeritan itu,muncullah seorang hero daripada pelajar SCHUKM sendiri.Hahaha...Bunyi macam klisekan.Biarlah.Asalkan kerja kami siap pada waktunya.Hahaha...Jahat betul bunyinya.Ha lagi satu.Cuba teka siapa yang jadi mangsanya??Ha ting.Sayalah salah seorangnya (hahaha..tiada orang tanya pun).

          Scene 4 adalah senaman yang kami buat satu kelas.Senaman tersebut dimulakan meberi pengiktirafan hormat,seterusnya senaman Gerak Hanafi,seterusnya senaman Kaedah,diteruskan lagi dengan menghadap pasangan masing-masing dan membuat buah jatuh serta diakhiri dengan senaman Asas.Di bawah,pembaca boleh tengok kami punya senaman.Video penuh tiadalah.Hanya video senaman sahaja.



Kami tengah bersedia untuk membuat senaman.



Senaman Gerak Hanafi



Masih lagi senaman Gerak Hanafi


Menghadap pasangan masing-masing untuk buat Buah Jatuh



Baju merah tulah hero dalam scene 'hoodie'.Hahaha..



Cikgu tengah bersedia menerima serangan daripada pelajarnya



Cikgu tengah belasah hero
(Hahaha..)



Junior-junior bersuka ria tengok senior kena belasah.Hahaha..


          Scene 5 iaitu scene terakhir adalam scene ijazah tamat.Dalam scene ini,tiada seorang pun pelajar 'Asas dan Jatuh' muncul.Sebabnya scene ini hanya untuk 'Potong' yang sudah tamat belajar kecuali junor yang tengah sibuk menshooting.Hahahaa...Tahniah kepada kakak-kakak dan abang-abang(eeiii gelinya) senior yang sudah tamat.Lihatlah kami sehingga kami tamat.Yang ini saya tiada gambarlah.Hehehe.Maaf.

          Sampai sini sahajalah coretan saya kali ini.Terima kasih kerana membaca.Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment