Assalamualaikum,para pembaca.Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi.Hari
ini cheq nak cerita sikit.Hehehe.Cerita kali ini adalah pengalaman saya
menguruskan program sendiri.Tidaklah sendiri sebenarnya.Projek ini adalah hasil
usaha saya beserta 5 orang rakan saya.Kami daripada pelajar Citra Pembangunan
Diri 1 telah disuruh untuk membuat projek masing-masing.Projek itu tidak kisah
sama ada dalam bentuk inovasikan benda atau buat program.
Setelah
berfikir masak-masak,kami telah memilih untuk menguruskan program kerana
pertama,ianya walaupun macam kerja leceh tapi mudah sebenarnya dan yang
kedua,tiada seorang daripada kami yang cukup kreatif untuk membuat
inovasi.Hahaha.Setakat nak mencipta angan-angan mampulah kot.Hahaha.
Kami telah
merancang untuk membuat program yang berkaitan dengan menabung.Disebabkan kami
mahu mengajar supaya tabiat menabung ini lebih elok dilakukan sejak kecil,maka
kami telah memilih kanak-kanak antara 7-12 tahun sebagai sasaran kami.Tetapi
disebabkan projek ini dilakukan pada penghujung tahun (maksudnya sudah mula
cuti sekolah) ,jadi kami terpaksa mencari mana-mana rumah anak yatim sebagai
tempat untuk kami melakukan program ini.
Kami telah
diberi kebenaran oleh tuan rumah Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk
menjalankan program tersebut.Sebelum program itu berlangsung pada 2 Disember
2017 (Sabtu) hari itu,pelbagai cabaran serta halangan yang telah kami
tempuhi.Kami menghadapi masalah mencari dana, dana tidak cukup, tempat untuk
program berlangsung, masalh tentative yang kena selalu berubah sebab tidak
sesuai untuk dilakukan di rumah anak yatim itu dan pelbagai lagilah.
Tetapi kami
tetap teguh bersatu dan berusaha supaya
program ini berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.Program itu berjalan dengan
lancar.Anak-anak yatim di situ juga turut memberikan kerjasama denhan
kami.Terima kasih Rumah Pengasih Warga Prihatin.Terima kasih juga kepada rakan
sekumpulan yang telah bertungkus lumus untuk menyiapkan projek ini.
Sekian,terima kasih.Maaflah sebab post kali ini
pendek.Hehehe.
Tengah menunggu giliran untuk membentangkan projek kami kepada Puan.Berdebar rasa!!Hahaha
Dalam kelas.Sempat ambil gambar.Waktu ini tengah bincang pasal mencari dana.
Pergi mencari barang untuk digunakan sewaktu program berlangsung.
Mencari plague untuk diberikan kepada tuan rumah..(Gambar semua fake!!!.Acah berlakon tengok plague.Hahaha)
Hamper yang dibuat sendiri.Jimat kos.Hahaha.Ye ke??
Game pertama dengan kami.Comeellkan mereka itu
Khusyuk mereka buat tabung.Salah satu pertandingan kami.
Beri plague pada tuan rumah kena akad.
No comments:
Post a Comment