Assalamualaikum
semua.Hari ini saya nak kongsikan sikit pengalaman saya macam mana saya atasi
rasa takut dengan kucing dan pengalaman saya sepanjang saya menjaga kucing
saya.Hehehe..Mesti pembaca sudah tahu macam mana saya atasi rasa takut itukan?Ya,betul.Saya
atasinya dengan menjaga kucing itu sendiri.
Pada waktu
itu,saya masih lagi bersekolah rendah.Lebih kurang 7 tahunlah masa itu.Saya
yang baru balik daripada sekolah (naik van dengan kawan-kawan) dan mahu naik
tangga untuk sampai ke rumah (rumah berek 4 tingkat,tiada lif), tiba-tiba
ternampak seekor kucing yang gemuk (kucing jiran) tengah landing baik punya
dekat anak tangga menuju ke tingkat satu.Saya apa lagi.Memang tidaklah nak naik
ke atas.Saya pada masa itu sanggup suruh emak saya turun dan ambil saya dekat
bawah.Berek itu ada beranda.Jadi,jeritlah daripada bawah.Hahaha…Takut punya
pasal,emak yang jadi mangsa.
Pada satu
malam itu,abang saya pula gatal bawa balik anak kucing ke rumah.Bukan dia tidak
tahu yang adik bongsunya ini sangat takutkan kucing.Entah mana dia dapat anak
kucing itupun tidak tahulah.Abang dan kakak saya paksa saya belai anak kucing
itu.Saya cuba beranikan diri menyentuh dia.Mula-mula sehelai bulu dia.Melihat
dia duduk diam sahaja,saya mula belai badan dan kepala dia.Anak kucing itupun
mengikut pergerakan tangan saya.Dia suka diperlakukan sedemikian.
Akhir
sekali,kakak saya ajar macam mana nak pegang anak kucing.Anak kucing tidak
boleh diangkat macam kita angkat kucing dewasa.Badan anak kucing sangat
lembut.Macam lembutnya badan baby.Kakak saya suruh saya mencubit sedikit
bahagian leher dan tangan sebelah lagi ampu badan dia.Sejak dari itu,saya mula
sukakan kucing.Kena gigit ke cakar ke saya sudah tidak kisah.Yelah,bila sudah selalu
kena cakar/gigit,mesti kita sudah biasakan?Bak kata pepatah alah bisa tegal
biasa.Ce wah…Hahaha… .Anak kucing tersebut kami pelihara dan dinamakan sebagai
Comot (ini abang saya punya kerja.Tidak berseni langsung nama kucing itu).
Comot
dipelihara di dalam rumah.Kami mengajar dia dari kecik untuk berak di atas
surat khabar.Hahaha…Kerja mengangkat tahi itu semua,kerja kakak saya.Tugas saya
bagi makan.
Dalam
menjaga Comot di rumah,sebenarnya saya ada bela seekor anak kucing di bawah
blok rumah yang diberi nama Comel (klisekan?abaikan.Hahaha..).Pada mulanya saya
jaga senyap-senyap sebab takut emak tahu.Yelah,dekat rumah sudah ada seekor
kucing.Ini ditambahkan pula seekor.Mahu pecah rumah kalau dua-dua ekor itu ada
di rumah.Sebab itu saya ambil alternative menjaga anak kucing itu di bawah blok.Alah,bukankah
bawah blok selalu menjadi tempat meletakkan basikal?Ha, di situlah anak kucing
saya berada.
Saya
letakkan dia dalam kotak.Kotak tersebut ada lubang bagi kucing itu
bernafas.Kotak tersebut tidak boleh dibiarkan terbuka atau lubang tersebut
tidak boleh besar.Dikhuatiri kucing itu keluar dan dikejar/dimakan oleh
anjing.Berek perumahan saya dulu memang banyak anjing.Jadi,dia memang duduk
sahajalah dalam kotak itu.Waktu petang saya bawa dia jalan-jalan.Main dengan
dia.Belai dia.
Minuman dia
pula tidak menjadi masalah sebab air boleh dapat dekat mana-mana sahaja.Yang
jadi masalah adalah makanan.Selalunya saya curi-curi kopek ikan goreng dekat
rumah dan bagi dia makan.Kadang-kadang curi makanan Comot sedikit.Hahaha.. Kerja
curi-mencuri ini akhirnya emak saya perasan.Hahaha…Kecut perut masa itu.Saya
cerita dekat emak.Emak kata jangan bagi air biasa sebab anak kucing itu masih
kecil.Bagi susu.Dekat rumah memang ada susu tepung.Jadi,saya bancuhkan susu itu
dan bagi minum.Emak saya tidak kisah saya bela kucing itu tapi dengan syarat
jangan bagi masuk rumah.
Oh emak sudah bagi Green Light.Hehehe..Selepas
Comel mati sebab dibuli dengan anak jiran (memang marah betul masa itu.Siap
bagi surat amaran.Hahaha..Tapi pada masa yang sama sangat sedih sebab saya
tidak dapat melindunginya hingga dia dewasa),saya menjaga lagi 3 ekor anak
kucing.Yang anak kucing berwarna hitam dinamakan sebagai Hitam,yang warna oren
+ putih saya namakan dia Comot kuasa 2 (hahaha…sebab warna dia sama dengan
Comot.Kesian Comot saya memperduakannya.Hahaha…) dan yang berwarna hitam +
putih bertompok dinamakan sebagai Tompok.
Hitam memang
sakit dari mula saya membela dia.Jadi,dia mati paling awal berbanding
adik-beradiknya yang lain.Lupa nak bagi tahu.Hitam,Comot kuasa 2 dan Tompok
adalah adik-beradik walaupun warna mereka berbeza.Sebenarnyakan,saya rasa
sahaja mereka itu adik-beradik sebabnya waktu saya jumpa mereka di sebalik
semak,mereka duduk rapat-rapat bertiga.Jadi,saya angkut ketiga-tiga itu dan
bela.Mungkin disebabkan rasa rindu pada Comel.
Selepas
kematian Hitam,Tompok pula jatuh sakit.Saya yang pada msa itu masih lagi punya
cukup ilmu tentang nak jaga haiwan peliharaan hanya mampu memandang dan memberi
kasih sayang kepada mereka sebelum mereka meninggalkan saya.
Pada suatu
hari,waktu itu waktu petang.Pada waktu petang,memang saya suka biarkan anak
kucing saya bebas bermain.Saya tidak akan biarkan mereka asyik terkurung dalam
kotak sahaja.Semasa mereka bermain,Tompok dan Comot kuasa dua ini macam
biasalah.Nama pun kucing.Kalau bermain tidak gigit-menggigit memang tidak
sah.Tapi entah kenapa pada hari itu,selepas sahaja mereka bermain,Comot kuasa
dua yang selalunya aktif menjadi pasif.
Dia nampak lemah.Pada
fikiran saya mungkin dia penat bermain.Jadi saya menganggap perkara itu seperti
perkara biasa.Keesokan harinya,saya yang baru balik sekolah pergi menjenguk
kucing saya (memang kebiasaannya macam itu.Sebelum pergi dan selepas balik akan
tengok kucing dahulu.), saya Nampak Comot kiuasa dua sedang tidur dan Tompok di
sebelanya sedang menguis kotak.
Pada msa itu
saya masih tidak perasan.Apabila saya memanggil Comot kuasa dua bangun,dia
tidak bangun.Saya siap menggoyangkan badan dia.Dia tetap tidak bangun.Hanya
Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya masa itu.Dengan masih berbaju
sekolah,saya terduduk menangis dekat situ.Tompok yang tidak faham atau mungkin
faham yang Comot telah mati hanya memandang saya.
Berbekalkan
kekuatan yang ada,saya pergi tanam Comot kuasa dua berhampiran dengan kubur Comel
dan Hitam.Memang masa itu sedih betullah.Waktu Hitam mati,dia tidak rasa sangat
sebab saya sempat menjaga dia dalam 3-4 hari macam itu.Comel pun sama.Tidak
lama saya dapat jaga dia.Lebih kurang sebulan sahaja rasanya.Tapi saya jaga
Comot kuasa dua agak lama dan dia sangat aktif serta manja dengan saya.Memang
sangat terasalah masa itu.
Jadi,tinggallah Tompok sendirian.Saya tetap menjaga dia walaupun dalam
fikiran saya mungkin Tompok ada bagi virus dekat Comot kuasa dua semasa bermain
dahulu.Mungkin ada hikmah segala-galanya.Tompok makin sihat dan ceria.Setiap
petang saya bermain dengan dia.Waktu itu memang gembira sangat.
Suatu
hari,saya ada pertandingan sukan tahunan di sekolah agama saya.Saya yang baru
sahaja memenangi acara (tidak ingat acara apa.benda sudah bertahun berlalu)
didatangi oleh kawan sejak tadika saya.Dia duduk berek sama dengan saya sebab
ayah kami kerja di tempat yang sama cuma bangunan yang berlainan.Dia datang ke
arah saya dan berbisik dekat saya.
“Weh,Fatihah.Adik
aku cakap dia nampak van penangkap kucing ada di berek.Adik aku cakap………..”Saya
yang baru gembira selepas memenangi acara,terus banjir (menangis) dekat situ
juga.Banyak kali saya cuba tenangkan hati bahawa Tompok tidak kena ambil.Memang
sedih betul waktu itu.Saya mula gelisah.Dalam fikiran,asyik fikir nak balik
sahaja.
Sampai
sahaja di berek,saya terus menuju ke arah kotak,tempat tinggal Tompok.Saya buka
kotak itu,Tompok tiada.Saya panggil dia,dia tidak datang-datang.Saya cari semua
tempat,dia masih tidak ada.Waktu itu saya sudah tahu.Walaupun saya sudah
tahu,saya tetap mencari. “Adik aku cakap dia nampak Tompok kena ambil sebab
penangkap kucing itu berada di bawah blok.”Ayat itu memang terngiang-ngiang di
telinga.
Cuaca hari
itu macam tahu sahaja hati ini tengah sedih.Hujan selebat-lebatnya hari
itu.Dekat bawah blok itu juga saya menangis.Saya menangis dan terus menangis sampai
saya reda.Saya tahu apa sebenarnya yang berlaku.Penangkap kuncing tidak akan
datang tanpa diseru.Mereka tidak boleh masuk berek sesuka hati jika tidak
diberi kebenaran.Ada orang yang panggil dan suruh mereka tangkap kucing-kucing di
berek itu termasuklah anak kucing yang baru mengenali apa itu kehidupan.
Pada waktu
itu,saya memang berdendam sangat pada siapa yang panggil penangkap kucing itu
datang.Walaupun saya tidak kenal siapa,tapi amarah menguasai diri.Sampai
kini,saya tidak lagi menjaga mana-mana kucing.Comot (kucing di rumah) juga sudah
lama tiada.Saya takut untuk merasa sakit itu lagi.Sedih kehilangan haiwan
kesayangan sangat terasa.Sampai sekarang.Bila melihat kucing di jalanraya, saya
sendiri tidak mampu membuang rasa menyesal sebab tidak lindungi mereka dengan
baik.
Para pembaca
yang ada bela kucing,jaga kucing-kucing anda dengan baik.Kucing ini mampu
menghilangkan tekanan kita tau walaupun kadang-kadang mereka yang bagi tekanan
itu kepada kita.Hahaha…. .Kepada yang membuat panggilan kepada penangkap kucing
pada 12 tahun yang lepas,saya maafkan awak.Jangan buat perkara yang sama yang
awak buat pada saya kepada orang lain.Sekian,terima kasih.Maaf post kali ini agak
sentimental sedikit.Hahaha…Harap pembaca seronok membaca sambil mengambil
iktibar darinya.
Assalamualaikum
Warna kucing oren itu sama dengan warna Comot.Tompok pula macam yang terakhir.Yang dua putih lagi itu entahlah.Hahaha(bukan gambar sebenar)
No comments:
Post a Comment