Assalamualaikum para pembaca
sekalian.Apa khabar semua?Hari ini kita berjumpa lagi nampaknya.Hehehe…Ini
adalah blog saya yang terakhir untuk assignment Aplikasi Komputer ini tetapi
inshaallah kalau saya ada masa,saya akan update apa-apa yang
berlaku.Okay?Terima kasih tau sebab sudi membaca blog saya yang tiada info
penting ini.Bolg saya semunya menceritakan tentang pengalaman.Mesti pembaca
bosankan bila baca saya punya blog?Hehehe,maaf.
Okaylah,tanpa membuang masa lagi,saya
akan ceritakan pengalaman saya yang seterusnya.Sebelum ini pengalaman dari UKM
dan KMS kan?Okay,hari ini saya bawakan khas pengalaman saya di sekolah teknik.
Sebenarnya tiadalah menarik sangat
pun pengalaman di teknik.Cuma adalah juga yang boleh dijadikan sebagai kenangan
terindah dalam hidup.Ceh,ayat!!!Okay,sebelum saya menceritakan pengalaman di
teknik,izinkan tuan hamba membuat pengenalan sedikit tentang sekolah tuan hamba
itu.
Pada tahun 2014,saya telah mendapat
tawaran untuk masuk di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) atau nama
glamour dia TiKL.Kenapa TiKL?Sebab nama Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
apabila diinggeriskan jadi Technical Institute of Kuala Lumpur
(TiKL).Jadi,memang ramai orang lebih gemar menyebut TiKL berbanding
SMTKL.Sekolah ini didirikan di Bandar Tun Razak,Cheras.Sekolah ini tidaklah
jauh sangat dengan rumah.Sebab itu ayah saya berusaha masukkan saya dalam
sekolah itu.Kalau boleh ayah tidak mahu saya bersekolah jauh-jauh.Setakat
ini,tempat paling jauh saya belajar pun adalah Banting.Sedihkan?Hahaha..tapi
saya tidak kisah pun.
Sebenarnya saya ni bukan 1st
intake di TiKL.Saya adalah 2nd intake.Permohonan pertama saya tidak
berjaya tetapi saya tidak kisah sebab saya mula suka belajar Sains.Waktu
tingkatan 4,disebabkan saya tidak Berjaya masuk teknik untuk 1st
intake itu,saya telah masuk kelas aliran sains.Saya belajar
Fizik,Kimia,Biologi,Add Math dan lain-lain.Saya mula sukakan hidup baru
tersebut sebab dalam adik-beradik saya tiada seorang pun yang ambil aliran
sains.Semuanya akaun.Jadi,bilansaya berbeza dari mereka,mestilah saya
bangga.Hehehe…
Saya mula bercita-cita untuk menjadi doktor
pakar bedah memandangkan rasa takut saya melihat organ badan dan darah yang
banyak tidak teruk.Hahaha…Tapi cita-cita saya musnah apabila saya ditawarkan
masuk TiKL ketika bulan 2.Rupanya dalam diam ayah saya berusaha supaya saya
belajar di sekolah cluster itu.
Setiap malam menangis sebelum pergi
TiKL.Hahaha…Yelah,1st time duduk asramakan.Waktu hari
pendaftaran,selepas berkemas baju di Dorm,keluarga saya pun balik ke rumah.Saya
cubalah kuatkan diri supaya tidak menangis waktu itu.Malu kot nangis depan
orang.Hahaha…
Saya homesick 3 hari dekat TiKL.Teruk
betul.Hahaha..Orientasi untuk 2nd intake tidak teruk pun.Cuma dengar
taklimat untuk satu hari dan keesokan harinya kami dibenarkan mengikuti kelas.
Oh lupa nak bagi tahu.Nama dorm saya
adalah Kiambang.Nama dorm untuk aspuri (asrama puteri) adalah nama bunga
manakala aspura (asrama putera) adalah nama tokoh.Waktu tingkatan 4,saya duduk
kelas Perdagangan 2 a.k.a Perd 2.Dalam dorm Kiambang,kalau tidak silap saya ada
27 orang penghuni.Ramaikan?Sudah macam tin sardine saya tengok.Hahaha…Budak
kelas saya ada dalam 30-32 orang.Saya tidak ingat sangat.Benda sudah lama
berlaku.
Dalam bulan 2 itu juga,ada satu
pengumuman yang menarik minat saya.Mereka mengumumkan bagi siapa yang mahu
masuk kawad kaki Bomba,boleh pergi ke padang bomba pada jam 5 petang.Pengumuman
bagi siapa yang mahu masuk kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) pun ada dan
pada waktu yang sama Cuma tempat yang berbeza.
Saya yang mempunyai pengalaman kawad kaki
kadet polis dari Tingkatan 2 sampai 3 mula terfikir untuk masuk kawad kaki
bomba di TiKL.Saya tidak mahu masuk KRS sebab kena tukar kaki.Polis dan Bomba
kedua-duanya dimulakan dengan kaki kiri tetapi KRS kaki kanan.Bukan senang nak
tukarnya.
Jadi,berbekalkan keberanian dan semangat,saya
turun pada petang itu.Mula-mula kami diajar untuk berkawad selama beberapa hari
sebelum pemilihan diadakan.Akhirnya,apabila hari pemilihan untuk kawad kaki
bomba tiba,saya dapat buat yang terbaik.Akhirnya,saya menjadi salah seorang
peserta utama kawad kaki bomba.
Kami berlatih tidak kira pagi ,siang
ataupun malam memandangkan pertandingan peringkat zon bakal tiba.Apabila
pertandingan peringkat zon tiba,Bomba TiKL lelaki dan perempuan telah menjuarai
dengan mencapai tempat pertama dalam kategori GO.Alhamdulillah..Memang seronok
sangat waktu itu.Disebabkan kami menduduki tempat pertama pada peringkat zon,kami telah pergi ke
peringkat seterusnya pula iaitu peringkat negeri.
Pada peringkat negeri,Bomba TiKL
perempuan telah memenangi tempat ketiga manakala lelaki memenangi tempat kedua
dalam kategori GO.Gembira serta bersyukur sangat waktu itu.Walaupun tempat
ketiga,bagi saya untuk memenanginya di peringkat negeri itu bukan senang.Selama
saya kawad kaki polis pun,kami hanya berjaya pegang tempat ketiga peringkat
daerah.Jadi,memang bersyukur sangatlah waktu itu.
Sebelum cuti panjang pada bulan
6,saya ditawarkan oleh senior untuk mengikuti pemilihan kawad kaki kebangsaan
yang akan diadakan di Sarawak.Saya pada masa itu menolak sebab kos pergi ke
Sarawak bukan murah akan tetapi senior kata pergi ke sana percuma.Hanya kalau
nak berbelanja sahaja menggunakan duit kita.Mendengarkan ayat itu,saya pun
ambil peluang untuk mengikuti pemilihan itu.
Pemilihan orang dibuat dengan cara
bagaimana kita bentang hos.Saya tidak pernah sekalipun mencuba bentang hos
selama ini.Kawan-kawan TiKL saya,kebanyakan sudah pernah cuba.Waktu itu,kami 10
orang (5 lelaki & 5 perempuan) adalah wakil untuk proses pemilihan
itu.Senang cerita kami adalah 10 orang yang terbaik di kalangan yang terbaik
dapat pergi untuk pemilihan.Kami telah bersaing dengan beberapa sekolah lain
untuk menempatkan diri kami sebagai salah seorang peserta yang pergi ke
peringkat kebangsaan.
Saya melihat dengan tekun macam mana
proses membentangkan hos yang seberat 9 kg berlaku.Kawan-kawan TiKL saya yang
sudah pernah belajar bentang turut mengajar kami cara mudah dan teknik-teknik
bentang yang betul.Apabila giliran saya tiba,saya buat dengan
bersungguh-sungguh dan bersuara lantang ketika pemasangan hos siap.
Alhamdulillah rezeki saya.Saya dapat
menjadi salah seorang peserta tersebut.Wakil TiKL yang dapat pergi adalah 6
orang iaitu saya,Shila,Azian,Fuad,Adli dan Shah.Selebihnya adalah sekolah
lain.Kami telah berlatih bersungguh-sungguh.Untuk peringkat
kebangsaan,terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kawad kaki,kawad hos
basah,kawad hos kering,tali,ASPEC (Asas Pertolongan Cemas),kebudayaan, dan
akhir sekali Cadet Challenge.
Saya memegang 3 kategori iaitu kawad
kaki,kawad hos kering dan Cadet Challenge.Tapi tiada satu pun yang
menang.Hahaha…Walaupun tiada satu kategori yang saya pegang menang,Alhamdulillah
wakil Kuala Lumpur (kamilah itu) memenangi tempat ketiga dalam kategori
ASPEC.Okaylah itu.Sekurang-kurangnya ada juga tempat kami dapat daripada tiada
langsung.
Hari ke-4 kami di Sarawak,kami
dibenarkan untuk melawat banyak tempat.Kami pergi bandar Kuching,kami pergi
kedai kek lapis,kami melihat tarian orang Sarawak,rumah orang Sarawak dan
pelbagai lagi.Hari ke-5,barulah kami balik ke Semenanjung.
Itu adalah memori yang paling indah
sepanjang saya tingkatan 4.Ketika saya tingkatan 5,memori yang paling indah
sudah semetinya kawad kaki bomba dan juga persediaan untuk mengambil SPM.Memang
seronok waktu itu.Saya pagi,siang dan malam sentiasa berada di bilik
bacaan.Saya akan study di situ dan tidak di dalam dorm.Kalau penat study,saya
akan menonton cerita dengan 2 orang rakan baik saya iaitu Afiqah a.k.a Piqa dan
Idayu a.k.a Ida dekat bilik TV.
Walaupun kami selalu menonton cerita
sama-sama,Alhamdulillah keputusan SPM saya tidak teruk.Hehehe…Sampai di sinilah
ya post saya kali ini.Oh kali ini tiada gambar eh.Hehehe.Bendanya berlaku hampir 2 tahun yang lepas.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum…