Translate

Friday 15 December 2017

Kenangan di TiKL

          Assalamualaikum para pembaca sekalian.Apa khabar semua?Hari ini kita berjumpa lagi nampaknya.Hehehe…Ini adalah blog saya yang terakhir untuk assignment Aplikasi Komputer ini tetapi inshaallah kalau saya ada masa,saya akan update apa-apa yang berlaku.Okay?Terima kasih tau sebab sudi membaca blog saya yang tiada info penting ini.Bolg saya semunya menceritakan tentang pengalaman.Mesti pembaca bosankan bila baca saya punya blog?Hehehe,maaf.

          Okaylah,tanpa membuang masa lagi,saya akan ceritakan pengalaman saya yang seterusnya.Sebelum ini pengalaman dari UKM dan KMS kan?Okay,hari ini saya bawakan khas pengalaman saya di sekolah teknik.

          Sebenarnya tiadalah menarik sangat pun pengalaman di teknik.Cuma adalah juga yang boleh dijadikan sebagai kenangan terindah dalam hidup.Ceh,ayat!!!Okay,sebelum saya menceritakan pengalaman di teknik,izinkan tuan hamba membuat pengenalan sedikit tentang sekolah tuan hamba itu.

          Pada tahun 2014,saya telah mendapat tawaran untuk masuk di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) atau nama glamour dia TiKL.Kenapa TiKL?Sebab nama Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur apabila diinggeriskan jadi Technical Institute of Kuala Lumpur (TiKL).Jadi,memang ramai orang lebih gemar menyebut TiKL berbanding SMTKL.Sekolah ini didirikan di Bandar Tun Razak,Cheras.Sekolah ini tidaklah jauh sangat dengan rumah.Sebab itu ayah saya berusaha masukkan saya dalam sekolah itu.Kalau boleh ayah tidak mahu saya bersekolah jauh-jauh.Setakat ini,tempat paling jauh saya belajar pun adalah Banting.Sedihkan?Hahaha..tapi saya tidak kisah pun.

           Sebenarnya saya ni bukan 1st intake di TiKL.Saya adalah 2nd intake.Permohonan pertama saya tidak berjaya tetapi saya tidak kisah sebab saya mula suka belajar Sains.Waktu tingkatan 4,disebabkan saya tidak Berjaya masuk teknik untuk 1st intake itu,saya telah masuk kelas aliran sains.Saya belajar Fizik,Kimia,Biologi,Add Math dan lain-lain.Saya mula sukakan hidup baru tersebut sebab dalam adik-beradik saya tiada seorang pun yang ambil aliran sains.Semuanya akaun.Jadi,bilansaya berbeza dari mereka,mestilah saya bangga.Hehehe…

          Saya mula bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah memandangkan rasa takut saya melihat organ badan dan darah yang banyak tidak teruk.Hahaha…Tapi cita-cita saya musnah apabila saya ditawarkan masuk TiKL ketika bulan 2.Rupanya dalam diam ayah saya berusaha supaya saya belajar di sekolah cluster itu.

          Setiap malam menangis sebelum pergi TiKL.Hahaha…Yelah,1st time duduk asramakan.Waktu hari pendaftaran,selepas berkemas baju di Dorm,keluarga saya pun balik ke rumah.Saya cubalah kuatkan diri supaya tidak menangis waktu itu.Malu kot nangis depan orang.Hahaha…

          Saya homesick 3 hari dekat TiKL.Teruk betul.Hahaha..Orientasi untuk 2nd intake tidak teruk pun.Cuma dengar taklimat untuk satu hari dan keesokan harinya kami dibenarkan mengikuti kelas.

           Oh lupa nak bagi tahu.Nama dorm saya adalah Kiambang.Nama dorm untuk aspuri (asrama puteri) adalah nama bunga manakala aspura (asrama putera) adalah nama tokoh.Waktu tingkatan 4,saya duduk kelas Perdagangan 2 a.k.a Perd 2.Dalam dorm Kiambang,kalau tidak silap saya ada 27 orang penghuni.Ramaikan?Sudah macam tin sardine saya tengok.Hahaha…Budak kelas saya ada dalam 30-32 orang.Saya tidak ingat sangat.Benda sudah lama berlaku.

          Dalam bulan 2 itu juga,ada satu pengumuman yang menarik minat saya.Mereka mengumumkan bagi siapa yang mahu masuk kawad kaki Bomba,boleh pergi ke padang bomba pada jam 5 petang.Pengumuman bagi siapa yang mahu masuk kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (KRS) pun ada dan pada waktu yang sama Cuma tempat yang berbeza.

          Saya yang mempunyai pengalaman kawad kaki kadet polis dari Tingkatan 2 sampai 3 mula terfikir untuk masuk kawad kaki bomba di TiKL.Saya tidak mahu masuk KRS sebab kena tukar kaki.Polis dan Bomba kedua-duanya dimulakan dengan kaki kiri tetapi KRS kaki kanan.Bukan senang nak tukarnya.

          Jadi,berbekalkan keberanian dan semangat,saya turun pada petang itu.Mula-mula kami diajar untuk berkawad selama beberapa hari sebelum pemilihan diadakan.Akhirnya,apabila hari pemilihan untuk kawad kaki bomba tiba,saya dapat buat yang terbaik.Akhirnya,saya menjadi salah seorang peserta utama kawad kaki bomba.

          Kami berlatih tidak kira pagi ,siang ataupun malam memandangkan pertandingan peringkat zon bakal tiba.Apabila pertandingan peringkat zon tiba,Bomba TiKL lelaki dan perempuan telah menjuarai dengan mencapai tempat pertama dalam kategori GO.Alhamdulillah..Memang seronok sangat waktu itu.Disebabkan kami menduduki tempat pertama  pada peringkat zon,kami telah pergi ke peringkat seterusnya pula iaitu peringkat negeri.

          Pada peringkat negeri,Bomba TiKL perempuan telah memenangi tempat ketiga manakala lelaki memenangi tempat kedua dalam kategori GO.Gembira serta bersyukur sangat waktu itu.Walaupun tempat ketiga,bagi saya untuk memenanginya di peringkat negeri itu bukan senang.Selama saya kawad kaki polis pun,kami hanya berjaya pegang tempat ketiga peringkat daerah.Jadi,memang bersyukur sangatlah waktu itu.

           Sebelum cuti panjang pada bulan 6,saya ditawarkan oleh senior untuk mengikuti pemilihan kawad kaki kebangsaan yang akan diadakan di Sarawak.Saya pada masa itu menolak sebab kos pergi ke Sarawak bukan murah akan tetapi senior kata pergi ke sana percuma.Hanya kalau nak berbelanja sahaja menggunakan duit kita.Mendengarkan ayat itu,saya pun ambil peluang untuk mengikuti pemilihan itu.

          Pemilihan orang dibuat dengan cara bagaimana kita bentang hos.Saya tidak pernah sekalipun mencuba bentang hos selama ini.Kawan-kawan TiKL saya,kebanyakan sudah pernah cuba.Waktu itu,kami 10 orang (5 lelaki & 5 perempuan) adalah wakil untuk proses pemilihan itu.Senang cerita kami adalah 10 orang yang terbaik di kalangan yang terbaik dapat pergi untuk pemilihan.Kami telah bersaing dengan beberapa sekolah lain untuk menempatkan diri kami sebagai salah seorang peserta yang pergi ke peringkat kebangsaan.

          Saya melihat dengan tekun macam mana proses membentangkan hos yang seberat 9 kg berlaku.Kawan-kawan TiKL saya yang sudah pernah belajar bentang turut mengajar kami cara mudah dan teknik-teknik bentang yang betul.Apabila giliran saya tiba,saya buat dengan bersungguh-sungguh dan bersuara lantang ketika pemasangan hos siap.

          Alhamdulillah rezeki saya.Saya dapat menjadi salah seorang peserta tersebut.Wakil TiKL yang dapat pergi adalah 6 orang iaitu saya,Shila,Azian,Fuad,Adli dan Shah.Selebihnya adalah sekolah lain.Kami telah berlatih bersungguh-sungguh.Untuk peringkat kebangsaan,terbahagi kepada beberapa kategori iaitu kawad kaki,kawad hos basah,kawad hos kering,tali,ASPEC (Asas Pertolongan Cemas),kebudayaan, dan akhir sekali Cadet Challenge.

         Saya memegang 3 kategori iaitu kawad kaki,kawad hos kering dan Cadet Challenge.Tapi tiada satu pun yang menang.Hahaha…Walaupun tiada satu kategori yang saya pegang menang,Alhamdulillah wakil Kuala Lumpur (kamilah itu) memenangi tempat ketiga dalam kategori ASPEC.Okaylah itu.Sekurang-kurangnya ada juga tempat kami dapat daripada tiada langsung.

          Hari ke-4 kami di Sarawak,kami dibenarkan untuk melawat banyak tempat.Kami pergi bandar Kuching,kami pergi kedai kek lapis,kami melihat tarian orang Sarawak,rumah orang Sarawak dan pelbagai lagi.Hari ke-5,barulah kami balik ke Semenanjung.

          Itu adalah memori yang paling indah sepanjang saya tingkatan 4.Ketika saya tingkatan 5,memori yang paling indah sudah semetinya kawad kaki bomba dan juga persediaan untuk mengambil SPM.Memang seronok waktu itu.Saya pagi,siang dan malam sentiasa berada di bilik bacaan.Saya akan study di situ dan tidak di dalam dorm.Kalau penat study,saya akan menonton cerita dengan 2 orang rakan baik saya iaitu Afiqah a.k.a Piqa dan Idayu a.k.a Ida dekat bilik TV.


          Walaupun kami selalu menonton cerita sama-sama,Alhamdulillah keputusan SPM saya tidak teruk.Hehehe…Sampai di sinilah ya post saya kali ini.Oh kali ini tiada gambar eh.Hehehe.Bendanya berlaku hampir 2 tahun yang lepas.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum… 

Thursday 14 December 2017

Kenangan di KMS-Classmate

          Assalamualaikum para pembaca sekalian.Hari ini kita kembali ke sedutan episode Kenangan di KMS yang seterusnya.Episod kali ini apa?Siapa tahu?Kalau pembaca baca post yang sebelum ini iaitu Kenangan di KMS-Mini KAKOM,ppasti pembaca akan tahu apa yang saya nak ceritakan pada hari ini.

          Hari ini saya nak ceritakan Kenangan di KMS-Classmate pula.Macam mana hari pertama kami?Macam mana saya mula berkawan dengan mereka?Macam mana kami bertahan berada di matrik hinggan ke akhirnya?Dan pelbagai lagi.

          Pada hari pendaftaran dan sepanjang orientasi kami,kami langsung tidak menganali siapa classmate masing-masing.Oh,kecuali 2 hari sebelum tamatnya orientasi.Kami dikehendaki untuk mengetahui apa nama kelas kami,siapa classmate dan siapa yang akan menjadi kami punya mentor.

          Kami juga perlu melantik siapa yang akan jadi ketua dan penolong ketua pada masa itu juga.Saya yang langsung tidak mengenali sesiapapun di KMS itu (kecuali ada seorang classmate waktu teknik tapi kami berlainan kelas dan jarang berjumpa) hanya mengekor sahaja faci kami.Faci kami meletakkan kami di sebuah kelas dan suruh kami menunggu mentor sampai.Memang awkward betullah waktu itu.Waktu itu,kami hanya ada 7 orang sahaja.Sudahlah semua perempuan.Hahaha…

          Waktu itu kami masih belum lagi perkenalkan diri.Kebanyakan dari kami buat hal sendiri.Cuma ada seorang perempuan yang sangat peramah asyik bercakap sahaja kerja dia.Dia nak hilangkan rasa awkward kami itu.Hahaha…Nama dia Liyana atau kami selalu panggil dia Liy.Liy satu U dengan saya sekarang.Cuma beza bidang.Saya bisnes dan Liy ekonomi.

          Okay,berbalik kepada cerita kami.Liy ini memang bercakap sahaja waktu pertama kali kami berjumpa itu.Dia bercakap dan yang lain hanya mendengar.Hahaha…Kelakar bila ingat balik.Dia bercakap sampailah dia kehilangan idea nak cakap apa sebab semua tidak memberikan respon yang baik.Hahaha…Akhirnya mentor kami sampai.

          Sebenarnya dia bukan mentor kami.Mentor kami tidak dapat datang sebab ada hal.Patutlah kami menunggu dia lama,tidak muncul-muncul juga.Yang datang pada waktu itu adalah pengganti dia.Dia juga merupakan pensyarah di situ.Nama dia Sir Azman.Sir Azman menyuruh kami memperkenalkan diri masing-masing.Beliau juga banyak bertanya kepada kami,macam di mana kami tinggal,adik-beradik kami ada yang masih belajar atau semua sudah bekerja dam macam-macam lagilah.

          Waktu itu barulah saya tahu nama setiap orang (tapi masih belum dapat menhafal nama masing-masing.Hanya tahu sahaja.Hahaha..).Yang kecil dan berkaca mata orangnya nama dia Humaira a.k.a Maira.Yang kecik-kecik orangnya dan putih nama dia Azema a.k.a Ema.Yang tinggi dan berkaca mata itu adalah Liyana a.k.a Liy yang saya cerita tadi.Yang berbadan gempal tapi cantik orangnya sedikit nama dia Aisyah a.k.a Ecah.Yang tinggi dan sado (hahaha…) nama dia Kamilia a.k.a Kamy.Yang sederhana tinggi dia nama dia Umi.Dan yang terakhir saya.Hahaha..

           Waktu itu memang kami masih belum rapat.Dalam fikiran saya waktu itupun, ‘Aku rasa aku tidak boleh ngam dengan mereka ini’.Hahaha.. .Alih-alih satu kelas saya rapat.

          Kali kedua kami berjumpa adalah waktu kami semua kena bergabung kelas dengan A3T1.Oh lupa nak bagi tahu.Nama kelas saya adalah A3T2.Kami disuruh untuk gabung kelas adalah kerana untuk memastikan kami dapat mengenali antara satu sama lain bukan setakat kelas sendiri sahaja bahkan dengan kelas lain juga.Kami bergabung hanya untuk lima hari sahaja.Dalam masa lima hari itu,kami telah diajar beberapa asas pelajaran supaya kami bersedia ketika kelas mula betul-betul.

          Waktu pergabungan kelas itu,kelas kami,A3T2 telah menerima 2 orang ahli baru.Sebelum ini mereka kelas A1…. Berapa entah.Tapi disebabkan kelas kami hanya 7 orang dan semunya perempuan,mereka berdua telah ditolak ke kelas kami.Mereka berdua itu adalah lelaki.Yang tinggi lampai dan berkaca mata serta kurus keding nama dia Zahir dan yang rendah sikit dan berkaca mata juga serta kulit putih nama dia Wan.

Gambar pertama A3T2.Muka semua nampak baik sahaja.Hahaha..

Hari terakhir bersama A3T1 untuk gabungan kelas ini.


          Setelah tamat kami punya kelas gabungan itu,kami pun belajar seperti biasa.Dalam kuliah,kami duduk bersama.Makan pun bersama.Mungkin itu menyebabkan kami menjadi rapat dari hari ke hari.Mereka juga sudah lali melihat saya yang selalu tidur di kuliah mahupun tutor.Hahaha…

Makan malam bersama buat pertama kalinya.


          Semasa kemasukan 2nd intake,kami menerima lagi 4 orang ahli baru.Perempuan yang rendah tapi elegant pemakaian dia nama dia Shahidah a.k.a Shida.Perempuan yang lebih kurang tinggi dengan Shida tetapi Nampak ayu dengan hanya memakai baju kurung biasa nama dia Syazwani a.k.a Wani.Perempuan yang tinggi orangnya dan berkaca mata serta kulit putuh melepak nama dia Lidiya a.k.a Lid.Dan yang akhir adalah lelaki yang tinggi dan sado serta berkulit gelap nama dia Imran a.k.a Im.Dia satu-satunya lelaki yang ada nama panggilan pendek.Hahaha..

Gambar pertama dengan budak 2nd intake


          Kami 11 orang menjalani hidup kami seperti pelajar-pelajar yang lain.Kami pergi kelas dari pagi sampai petang,malam pula kami adakan discussion untuk pembentangan.Kalau tiada discussion,kami masing-masing akan siapkan tutorial sebab kena hantar.Kalau dekat matrik,kita kena wat tutorial dahulu sebelum masuk kelas tutor sebab kami telah belajar dahulu di kuliah.Kelas tutor,fungsinya untuk membincangkan jawapan dan bertanya jika ada masalah.

          Bebapa bulan sahaja lagi sebelum tamanya sem 1,Umi terpaksa tangguh pelajarannya akibat sakit.Tangguh bermaksud dia akan masuk semula matrik sama dengan batch junior kami.Jadi,tinggallah kami 10 orang.Banyak jugalah kenangan kami dengan Umi.Kami beraya bersama-sama (KMS buat sambutan Hari Raya Aidilfitri dekat Dataran Kosmik) dan pelbagi lagilah.Saya memang rapat dengan Umi apatah lagi kami satu blok dan satu aras serta no Bilik dia 14.Saya Bilik 15 kan?Bunyi macam dekat jekan?Tapi sebenarnya bilik kami hujung ke hujung.Hahaha…

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dataran Kosmik


Tangkap gambar satu kelas


Kali ini selfie pula

Gambar 3 orang jejaka A3T2.Baju merah Zahir,yang tengah Wan dan baju ungu Imran.


Hari tangkap gambar kelas.

Yang ini tangkap sendiri.

Baru balik daripada senamrobik.Hahaha...

Bergambar dengan Madam Shamihah (Math) hari terakhir sem 1


Bergambar selepas exam sem 1 berakhir

Ini tidak ingat.

Ini gambar sem 2 sebenarnya.Tengah ambil result sem 1.


          Waktu sem 2,kami menerima seorang lagi ahli A3T2 yang baru.Dia adalah perempuan dan berbangsa india.Nama dia Thila.Nama panjang dia susah nak sebut dan eja.Jadi,kami panggil sahaja dia Thila.

          Sem 2 memang mencabarlah.Banyak sangat projek-projek kami yang besar.Antaranya kami kena buat Rancangan Perniagaan (RP) beserta produk (kalau nak markah banyak).Rancangan perniagaan memang kerja leceh sedikit.Saya pernah membuatnya dahulu waktu teknik secara individu.Cuba bayangkan macam mana?Dengan tiada laptop masa itu dan hanya mengharapkan makmal computer dan kami diberi masa 2 bulan sahaja untuk menyiapaknnya.Memang sakitlah.Sebeb itu kami menulis dahulu di kertas sebelum key in dalam computer.

          Tapi di matrik,RP kami adalah kerja kumpulan.Tapikan saya rasa buat dalam kumpulan ini lagi sakit berbanding individu sebabnya kalau individu,kita tahu kerja kita dari awal sampai akhir.Kalau kumpulan,kita mesti agih-agihkan kerjakan?Bila kita agihkan kerja,automatic kita tidak tahu projek itu dari awal sampai akhir.Satu kerja nak kena baca balik mereka punya kerja.Memang lecehlah.Tapi Alhamdulillah kami Berjaya siapkan tepat pada waktunya.

          Sem 2 juga kami dikehendaki mengambil Malaysian University English Test (MUET).MUET itu memang boleh dikira wajib ambil sekarang.Kalau dahulu MUET diambil untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.Tapi sekarang,kalau nak minta kerja pun mereka akan tengok kita punya MUET.

          MUET terbahagi kepada 4 iaitu Speaking,Writing,Listening dan Reading.Untuk Speaking,ada 4 orang peserta dalam 1 kumpulan.Saya satu kumpulan dengan Liy,Ema dan Maira (semuanya pandai berbahasa inggeris kecuali saya.Hahaha…).Waktu berkumpulan dengan mereka,hanya Allah sahaja yang tahu betapa seramnya saya waktu itu.Saya Bahasa inggeris tidaklah hebat sangat.Kalau orang cakap memang faham tapi cuba saya sendiri yang speaking English,aduh memang banyak ‘ah!!!’.Hahaha…

          Tapi alhamdulillh.MUET saya berjalan dengan lancar seiring dengan classmate saya yang lain.Hari terakhir kami di matrik,kami telah tangkap gambar dengan semua pensyarah dan memberi sedikit cendarahati kepada mereka.Memang sedih apabila berpisah dengan mereka.Huhuhu…


          Classmate saya,A3T2 terima kasih kerana terima diri saya seadanya.Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya walaupun saya sudah banyak kali malukan kelas waktu kuliah disebabkan nama saya selalu disebut oleh pensyarah ketika di kuliah sebab selalu tidur.Saya memang macam ini.Sekarang dekat U pun sama.Tidak tahu macam mana lagi nak ubah.Tetapi A3T2 tidak pernah tinggalkan saya.Merekalah yang berusaha supaya saya mampu bertahan daripada tidur dalam kelas.Terima kasih semua.Saya sayangkan kelas kami dan semua penghuni A3T2.Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum..

Dalam kuliah pun sempat bergambar.Hahaha..

Ini lagi dahsyat.Dekat kelas tutor itu sempat berselfie.Hahaha...

Wani (baju oren) pandang mana?Hahaha...

Tengah berlatih untuk MUET Speaking.Sebelah saya adalah Ema.Depan saya adalah Maira dan di sebelah Maira adalah Liy.Kalau tidak kenal saya,tidak tahulah.Hahaha..


Sambut Birthday Wani dengan Zahir

Bergambar selepas study..

Sambut Birthday Mairah

Hari inovasi.Dua orang ini kumpulan saya


Hari inovasi.Tangkap beramai-ramai.

Hari inovasi.Kumpulan saya juga.

Inilah kumpulan saya

Persiapan untuk hari inovasi


Dinner blok bertemakan Arabic & Hindustan.Yang bertutup muka itu cuba agak siapa?Saya!!!Saya lebih kepada tema Arabic dan Maira (sebelah saya) lebih kepada tema Hindustan


Dinner Akaun.Wani yang tengah-tengah itu.

Dinner akaun.Dari kiri,Liy,Ecah,Kamy,Maira dan Saya..

Kelas terakhir dengan Ustaz

Kelas terakhir dengan Madam 'Adilah (Eng)

Kelas terakhir dengan Madam Farah (Bisnes)


Kelas terakhir dengan Madam Shamihah (Math)

Gambar terakhir kami berkumpul bersama.Perasan tidak yang mula-mula kami ambil gambar di tempat yang sama?Jadi,kami mahu berakahirkannya di tempat yang sama juga.Huhuhu..

Hari terakhir dengan Madam Kas (Ekonomi)


Hari terakhir dengan Madam Summayah (Akaun)

Ketika study week,pergi bersukan bersama-sama.

Kenangan di KMS-Mini KAKOM

          Assalamualaikum pembaca.Jumpa lagi ya kita.Perasan tidak yang saya makin rajin update blog.Sebab apa ya?Hahaha…faham-faham sendirilah ya.Sem 1 sudah nak habis.Due date assignments pun makin dekat.Hahaha…

         Okay,post sebelum ini adalah Kenangan di KMS-Roomate.Hari ini saya nak cerita mengenai Kenangan di KMS-Mini KAKOM.Pembaca tahu ke tidak apa itu mini KAKOM?Kalau pelajar atau bekas pelajar Matrik tahulah apa itu KAKOM.Tapi yang bukan tahu tidak?Okay,KAKOM adalah Kejohanan Karnival Kokurikulum Matrikulasi.Kiranya setiap matrikulasi akan bertanding untuk mendapat tempat pertama dalam pelbagai acara seperti Bola Sepak,Bola Tampar,Tennis,Badminton,Bola Baling dan pelbagai lagi.

          Mini KAKOM pula adalah pertandingan yang diadakan di dalam matrik itu sendiri.Tujuan utama dia adalah untuk memberi peluang kepada siapa yang tidak dapat menyertai KAKOM memandangkan mini KAKOM tidak membuat sebarang pemilihan.Ia terbuka kepada semua orang.

          Jadi,kami berempat tidak terkecuali dalam menyertainya.Tahu tidak siapa yang lagi tiga itu?Kalau baca post Kenangan di KMS-Part Roomate,pasti pembaca dapat agak siapa yang saya maksudkan.Di sini pembaca boleh melihat kami memang banyak persamaan.Kami berempat dan 3 orang jiran kami dari Bilik 16 (yang lagi seorang tidak sertai) serta beberapa kawan-kawan sekolah Farah dan kawan sekelas Nurin di Matrik telah bergabung menjadi sebuah kumpulan.

          Kami menamakan kumpulan kami Ranggey yang bermaksud anggun dan cantic.Hahaha…memang pelik nama itu.Saya ikutkan sahajalah.Kami menyertai pertandingan bola baling.Sebelum pertandingan berlangsung,kami telah berlatih hampir setiap hari.Walaupun bukan menggunakan gelanggan yang betul (mempunyai tiang gol) tetapi kami tetap gigih berlatih.Kalau hari hujan,kami tetapkan strategi perlawanan.

          Dalam kumpulan kami,kami masing-masing ada tugas masing-masing ikut kemahiran individu tersebut.Macam saya,saya telah dilantik (acah sahaja.hahaha…) untuk menjadi penjaga gol pertama.Faz dan Farah juga penjaga gol tapi mereka lebih kepada ‘Defend’.Nurin dan yang lain menjadi ‘Offensive’.

           Sepanjang latihan kami,kami telah menerapkan ‘tidak berkumpul’ dalam permainan kami.Maksu di sini adalah apabila pihak kita dapat bola,jangan sesekali berkumpul di satu tempat.Pastikan ambil jarak.Kalau diri kita rasa yakin kita mampu sambut bola dari jauh,kita ambil lagi jarak supaya pihak lawan tidak dapat berebut bola dengan kita dan pihak lawan akan cepat penat sebab nak kejar kita serta dapat mengelakkan kecederaan.Kalau kita berkumpul di satu tempat dan akhirnya berlaku perebutan bola,tidak kea da yang akan cedera nanti?

          Akhirnya,hari pertandingan pun tiba.Kami telah bercadang untuk memakai baju yang sama warna iaitu warna biru.Kami pergi panaskan badan dahulu dan membaca doa agar kami mampu buat yang terbaik dan tiada siapa yang cedera serta semua dapat merasa bermain.Yelah,kami ramai.Yang masuk gelanggang 7 orang sahaja termasuk penjaga gol.Jadi,bagi semua orang dapat merasa bermain merupakan benda paling penting bagi kami.

          Pada hari tersebut,kami tidak perlu menunggu langsung kerana giliran kami adalah yang pertama.Hahaha…memang berdebar.Dalam pertandingan bola baling,terbahagi kepada 4 kumpulan besar iaitu Kumpulan A,Kumpulan B,Kumpulan C dan Kumpulan D.Dalam setiap kumpulan tersebut terdapat 3 kumpulan peserta.Kumpulan saya termasuk dalam Kumpulan B.Memandangkan mereka buka dua gelanggang,jadi Kumpulan A menggunakan gelanggan 1 dan Kumpulan B menggunakan gelanggang 2.

         Itulah sebabnya kenapa kumpulan kami menjadi yang paling awal bertanding.Untuk perlawanan pertama kami ini,prestasi kami tidak memberansangkan sangat.Mungkin disebabkan rasa gemuruh sejak semalam.Hahaha…

          Untuk perlawanan pertama ini,kami kalah (tidak ingat berapa mata pihak lawan dengan kami).Perlawanan kedua kami dengan kumpulan yang lain tetapi masih dalam Kumpulan B.Nampaknya,rezeki kami bermain sampai di situ sahaja.Kami kalah di medan perang.Hahaha…

          Tapi walaupun kami kalah,kami rasa puas sebab semua dapat merasa bermain dan semua orang sangat hebat dalam permainan kedua ini.Cuma penjaga gol ini yang tidak pandai nak tahan bola dari masuk gol.Siapa penjaga gol itu?Sayalah.Hahaha…

          Tamat sahaja perjuangan kami,kami keluar dari gelanggan dan berselfie.Pertama kali saya rasakan bahawa pertandingan yang jenis sukan ini sangat menyeronokkan.Saya ini memang jarang sangatlah bersukan.Saya lebih suka memerap dalam bilik.Akan tetapi,walaupun saya tidak aktif dalam bidang sukan,tidak bermakna saya tidak aktif dalam bidang kokurikulum.Saya lebih kepada kawad kaki.Ha,nanti saya ceritakan pengalaman saya dalam kawad kaki Polis dan Bomba.

          Saya ini tidak berapa suka masuk pertandingan jenis sukan ini.Sebabnya orang akan selalu mengharap pada kita.Saya paling tidak suka bila orang meletakkan harapan yang tinggi pada kita.Tetapi bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan,mereka mula menyalahkan kita.Tidak seperti kawad kaki.Kawad kaki,salah seorang,salahlah semua.Kami pikul kesalahan masing-masing.

           Jadi,Ranggey adalah kumpulan pertama yang membuka mata saya bahawa seronoknya bertanding bersama dalam sukan.Kami tidak menunding jari siapa salah kepada sesiapapun.Kami bermain memanglah untuk menang.Tapi sebenarnya kami lebih kepada bermain untuk seronok.Hahaha…

          Nampaknya,coretan saya berakhir sampai di sini sahaja.Jangan lupa membaca sedutan episod Kenangan di KMS akan datang.Episod akan datang adalah Kenangan di KMS-Classmate.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum..

Baru tamat latihan untuk pertama kalinya




Turun latihan kali kedua.Hahaha...rasanyalah

Berselfie sementara tunggu untuk bertanding


Sudah kalah.Jadi,jom ambil gambar!!!







Wednesday 13 December 2017

Kenangan di KMS-Roomate

          Assalamualaikum semua.Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya.Kali ini ada kelainan sikit.Sikit sahajalah.Hahaha.. .Selama ini saya hanya kongsikan pengalaman di UKM sahajakan?Ibarat macam saya lahir terus masuk UKM.Hahaha…

          Tapi hari ini,mungkin hari-hari seterusnya juga saya akan kongsikan pengalaman saya sebelum saya masuk UKM.Sebenarnya saya sudah tidak tahu nak cerita apa lagi tentang pengalaman saya di UKM.Hahaha…yelah nama pun 1st Year.Banyak manalah sangat pengalaman kami ini.Hahaha..

          Okay,hari ini Cik Fatihah nak ceritakan pengalaman dia di Kolej Matrikulasi Selangor.Wah, ‘CIK’.Terasa muda di situ.Hahaha..memang muda pun.Jangan jealous.Hahaha…abaikan.

          Okay,berbalik kepada cerita.Siapa tahu Kolej Matrikulasi Selangor atau nama glamour dia KMS (Hahaha…glamour sangat) dekat mana?Maksudnya nama bandar dia.Ya,pandai.Kedudukan KMS adalah di Banting.

          Hahaha…mesti dalam fikiran pembaca bahawa Banting itu panas dan kering.Sebenarnya…memang betul pun.Hahaha.Masih lagi tidak dapat lupa macam mana rasanya waktu pertama kali jejak KMS (bukan pertama kali jejak Banting eh.Jejak Banting sudah banyak kali).Panas dia,hanya Allah yang tahu.Sudahlah 1st puasa pula itu.Memang menguji kesabaran, keimanan dana apa-apa …nan lagilah.

          Lepas itu,kami ada orientasi dalam bulan puasa itu.Walaupun hanya 4 hari tapi terasa betul azab dia.Orientasi itu tidaklah menggunakan banyak tenaga.Ianya lebih kepada duduk dan dengar taklimat.Tapi duduk dan dengar taklimat itu lagi sakit daripada kita kena bergerak sana sini.Apatah lagi saya memang cepat sahaja sakit pinggang bila duduk bersila.Sakit pinggang ini tangkap kaki.Itu yang membuatkan saya lebih rela buat aktiviti fizikal di bulan puasa berbanding duduk dan dengar taklimat.

          Oh lupa nak cerita.Selepas pendaftaran,kami dibenarkan naik ke bilik masing-masing.Memang hari itu dikira hari bertuah saya.Saya datang dahulu sebelum bakal Roomate saya sampai.Apa lagi,saya pilihlah katil yang saya suka.Saya pilih tepi tingkap.Yelah,kitakan tahu Banting itu panas.Jadi,tidur di tepi tingkap adalah jalan penyelesaian yang baik untuk kurangkan rasa panas itu.

         Lepas beberapa minit,seorang demi seorang masuk bilik itu.Bilik itu terdapat empat katil.Hanya kami bertiga sahaja yang menghuni bilik itu.Untuk satu katil yang masih kosong itu dikhaskan untuk pelajar 2nd intake.

          Malam pertama dekat KMS memang sunyi jugalah.Saya waktu itu bukan macam sekarang.Waktu itu saya masih malu-malu nak cakap dengan orang yang tidak kenal.Nak cakap ‘Kau Aku’ pun minta kebenaran.Sekarang?Tidak payah ceritalah.Saya hentam sahaja panggil ‘Kau Aku’ dengan semua orang tidak kira junior atau senior.Yelah,dekat U macam mana nak tahu dia senior ke junior.Muka semua matang macam senior.Tapi lagi muda.Haih,tidak faham.Hahaha…Cuma dalam blog ini saya guna ayat sopan sikitlah.Sebab blog ini salah satu assignment kami.Tidakkan nak pakai ‘Kau Aku’ kot.Terkejut pensyarah saya nanti.Hahaha…Maaf,Dr.Hanya gurauan.

         Malam itu,kami hanya memperkenalkan diri macam nama panggilan (nama sebenar sudah tahu waktu mereka masuk bilik lagi), tinggal mana, sekolah mana dulu dan macam-macam lagilah.Kalau senaraikan semua,sampai tahun depan tidak habis.Hahaha..Oh,nama mereka adalah Nurin dan Farah.

          Saya cubalah bermesra dengan mereka dengan mengajak mereka makan sekali dengan saya (sudah buka puasa.Hahaha..).Mereka makan-makan malau-malu.Aduh,acah betul roommate saya ini.Hahaha…kalau mereka baca blog ini memang kenalah saya nanti.Hahaha…

          Hari kedua,ketiga,keempat dan seterunya berlalu.Sedar-sedar kami menjadi semakin rapat.Masih ingat lagi yang Farah ajak kawan-kawan sekolah dia (kawan-kawan dia satu matrik dengan kami) makan di bilik kami sebab tidak mahu saya keseoranga berbuka puasa di hari kelahiran saya.Hahaha…memang terharu betullah.Kawan-kawan dia pun tidak kisah dan sanggup naik tingkat tiga demi menghormati keinginan Farah.Baik betul mereka itu.

          Akhirnya hari 2nd intake datang KMS pun tiba.Saya yang masih berada di kelas rasa berdebar-debar.Saya berharap orang yang bakal jadi roommate saya itu baik orangnya.Kalau bukan perangai macam kami bertiga pun tidak apalah asalkan dia bukan budak yang bermasalah.Habis sahaja kelas,saya terus naik atas.Berdebar pula nak kenal dengan orang baru.Yelah,sayakan pemalu orangnya.Hahaha..acah sahaja.

          Masuk sahaja bilik,saya Nampak benda rare.Hahaha..Part ini memang kelakarlah bagi saya.Saya Nampak banyak tudung bersangkut,ada jam dinding (kami bertiga pakai jam tangan sahaja.Tidak pun jam telefon bila nak tengok waktu.Hahaha…) dan yang paling menarik adalah ada hiasan.Dia bawa gambar-gambar kawan-kawan sekolah dia dan ketipkan pada tali.Tali itu disangkutkan pada penyangkut tuala.Itulah hiasan dia.Oh tidak termasuk dengan lampu kelap kelip yang warna-warni itu.Hahaha…rare betul budak ini.Fikiran saya waktu itu, ‘Feminin betul dia ini.Aku boleh masuk ke dengan dia?’ Hahaha…memang kelakarlah bila ingat balik.

          Waktu salam untuk perkenalkan diri masing-masing pun, lembut sahaja suara dia. “Saya Fazleen.Boleh panggil Faz,” dengan suara lembut.Alahai anak siapalah ini.Hahaha…Maaf,Faz.Aku gurau sahaja.Hahaha…

          Okaylah.Bermula episode kami hidup berempat di bilik 15 itu.Mula-mula itu memang awkwardlah.Tapi lama-lama,ambil hang.Perangan semua sama.Suka makan,suka tidur,malas nak turun aktiviti yang diadakan di KMS dan macam-macam lagilah.Waktu itu,saya bersyukur sangat masuk KMS.Bersyukur dapat roommate yang memang best.Waktu dekat Teknik,saya asyik fikir bila nak habis SPM.Tapi dekat Matrik,saya berdoa supaya masa kami di KMS akan menjadi panjang.

           Waktu hari terakhir kami di KMS (hari terakhir exam juga),saya memang menangis teruk betullah sampai kalau tadah guna baldi memang tidak cukup.Hahaha…Sedih sebab tinggalkan Bilik 15 ini.Banyak sangat kenangan.Kenangan gelak tawa sama-sama,kongsi cerita,makan sama-sama dan paling best adalah maki selalu super tengah malam.Kami jenis tidur lambat masing-masing.Jadi,bila rasa otak sudah lemau sebab study,kami pun makan.Kami ada heater (bawa senyap-senyap.Hahaha..Jangan tiru).Jadi,kami bancuh the dan cicah biskut ke ataupun makan maggi ke.

         Memang seronoklah.Oh lagi satu yang best.Kami selalu tengok movie sama-sama.Selalunya pakai laptop saya.Tapi kadang-kadang laptop Nurin.Kami selalu tengok hari Jumaat malam Sabtu.Kadang-kadang Sabtu malam Ahad.Kami tengok Hindustan, Korea,Cerita hantu dan macam-macam lagi.Memang moments itu semua sangat saya rindukan.

         Kalau masa boleh diputarkan semula,saya selalu berharap supaya saya lebih menghargai masa kami bersama.Nurin,Faz dan Farah,aku doakan kamu semua baik-baik sahaja dan aku harap kita boleh jumpa selalu.Aku juga harap persahabatan kita kekal sehingga ke akhirnya.Hahaha…Sedih betul.


          Hahaha…nampaknya post hari ini pun sentimental juga.Maaflah ya pembaca sekalian.Sampai sini sahaja coretan saya untuk hari ini.Assalamualaikum..

Gambar pertama kami.(Tudung Coklat depan ni Faz,yang tudung hitam pakai cermin mata itu Farah dan yang bercermin mata tersenyum itu Nurin.hahaha)


Sambut Birthday Farah sama-sama.

Dinner Perakaunan.Baju oren itu jiran kami Bilik 16.Dia selalu datang bilik kami.Senang cerita bilik itu adalah penghuni tambahan Bilik 15.Hahaha..



Sempat ambil gambar hahaha.Datang sini sebab nak cek meja untuk exam dekat mana.Alih-alih ambil gambar.

Apalah yang mereka buat itu.Haha..

Ada gaya K-Pop tidak?.hahaha...


Apa benda?Semua tidur.Haha..




Semua perangai tidak betul


Ais-krim saya sahaja yang tidak ada.Sedih..









Ya Allah,kau berkatilah persahabatan kami sehingga ke Jannah.Amin.