Kategori 1:Larian 3 km
Kategori 2:Larian 5 km
Kategori 3:Larian 10 km
Kategori 4;Larian 21 km
Kategori 5:Berbasikal 3 km
Setiap kategori
dikenakan bayaran dan bayaran untuk setiap kategori adalah berlainan.Di dalam
bayaran tersebut,kita sebagai peserta akan dapat bahu larian,sarapan pagi,air
mineral, dan medal.Kadang-kadang ada juga penganjur yang akan memberikan sijil
kepada peserta.Ini merupakan situasi menang-menang.Kiranya sambil kita
mendana,kita juga dapat bergembira berlari pada masa itu.Bagi yang tidak
larat,tidak perlu lari pun,jalan sahaja sudah mencukupi.Bagi saya, saya tidak
pernah untuk terfikir pun untuk menang larian itu.Saya join untuk have fun sambil
menyihatkan badan dan mencergaskan otak.Yelah kadang-kadang kita ni malas nak
pergi bersenam walaupun hanya untuk 2 kali seminggu.Jadi,dengan program ‘Charity
Run’ inilah saya dapat sentiasa cergas dan sihat (Terlebih sihat
sebenarnya.Hahahaha).Alhamdulillah,setakat ini sudah 2 kali saya pergi program
ini,dan setakat inilah saya mampu untuk menghabiskan Larian 5 km.
‘Charity Run’ saya
adalah di MAEPS,Serdang di mana nama program dia adalah MyBuddies Run.Bayangkanlah
MAEPS,Serdang macam mana.Di situlah dah lah banyak betul bukit apatah lagi itu
merupakan larian pertama saya setelah hampir 2 tahun tidak berlari sejauh
itu.Setiap minggu terpaksa pergi jogging untuk meningkatkan
stamina.Hahaha.Memang penat waktu berlari di MAEPS,Serdang.Tapi sangat seronok
juga sebab di situ ada pelbagai tumbuhan dan haiwan.Sambil berlari saya dapat
menikmati pemandangan alam sekitar.Dan apabila saya sampai di garisan
penamat,wajah abang dan kakak saya muncul di depan mata.Tahu tak ayat pertama
abang saya cakap apa?Dia cakap, “Oh habis jugak kau lari eh,dik.Aku ingat tak
habis”.Memang bengang betul.Yelah tahulah aku ni jarang bersenam (hahaha..jujur
pulak).Tapi hari itu saya boleh action depan dia bahawa adik dia ni juga mampu
untuk menghabiskan larian itu.
Larian kedua saya
di Tasik Cempaka,Bangi dan nama program dia adalah MPKJ Half Marathon.Yang ini
lagi teruk.Saya baru habis kem di U,and pagi-pagi lagi sudah kelam kabut sebab
nak catch up masa untuk start larian.Larian untuk 5 km adalah pada pukul 7.00
pagi.Memang kelam kabut betullah pada masa tu.Dah sampai tasik tu,sekali jalan
tutup menyebabkan tidak boleh nak parker kereta berdekatan tasik.Waktu tu dah
pukul 7.10 pagi.Kelam kabut cari parkir,akhirnya saya decide untuk parkir dekat
Kipmall,Bangi.Jauh jugak nak menapak dari giant ke tasik tu.Tu belum lagi cari
kat mana tempat permulaan berlari.
Akhirnya,saya
start lari pada pukul 7.20 pagi di mana saya rasa siapa yang sama kategori
dengan saya mungkin sudah ¾ berlari.Saya pada masa itu berlari seorang di jalan
raya dan orang sekeliling pandang saya macam saya ni orang gila.Hahahaha.Sedih
juga.Tapi saya dah set mind.Saya tak nak give up.Sebab yang pertama,dah
bayar.Sebab yang kedua,yang bayar untuk program tu bukan saya tapi kakak
saya.Saya tak nak bazirkan apa yang dia telah bayar.Dah banyak duit dia habis
untuk saya (hahaha…buat ayat sedih pulak kat sinikan).Jadi,saya pun teruskanlah
berlari sehingga ke garisan penamat.Saya sampai garisan penamat jam 8.30
pagi.Kali ini saya tak berlari sangat.Lebih banyak berjalan.Sangat penat pada
masa tu.Sudahlah dengan berlari seorang tambahan lagi saya tidak sempat sarapan
Hanya minum air kosong je.Itupun minum pukul 6 lebih.Jadi,tawakkal jelah waktu
lari.Jangan pengsan sudah.hahaha
Itu jelah
pengalaman saya dalam program ‘Charity Run’ ni.Pembaca sumua patut
mencuba.Sangat seronok.Insyallah saya akan terlibat lagi dalam program ini pada
bulan 11 ni di Putrajaya.Jadi,selamat mencuba semua.Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment