Jadi malam ni saya nak
spesifikkan lagi apa yang saya minat.Sebab itu tajuk kali ini adalah “Perkara
yang Paling Saya Suka Buat di Masa Lapang”.Walaupun tajuk dia tak cool,tapi
bacalah sampai akhirnya.Ganjaran baca post ni sampai akhir adalah saya akan
hargai orang itu sampai bila-bila.Hahahaha.
Okay,back
to the point.Benda pertama yang paling saya suka buat di masa lapang adalah
tengok cerita.Macam jenis saya,saya tidak kisah cerita tu dari negara mana apa
melayu ke, cina ke, tamil atau Hindustan ke, Inggeris ke, Thailand ke atau
mana-mana negara sekalipun,asalkan cerita itu best,saya akan layan.Saya juga
layan cerita korea dan anime (walaupun umur sekarang dah 19 tahun.Masih setia
menonton anime).Jadi,kalau pembaca ada cerita yang menarik, recommend la dekat
saya.Insyallah kalau ada masa saya tengok.Oh lupa pulak.Saya sekarang lebih
minat tengok cerita yang action, horror, thriller,supernatural berbanding full
romance.Kalau cerita tu ada action and romance macam cerita Sword Art Online
(anime),saya layanlah.Sebab cerita tu bukan fully romance.Tapi ada juga cerita
fully romance yang saya layan.Tapi ada sedikit unsur-unsur supernatural.Macam
cerita Soredemo Sekai Wo Utsukushii (anime juga).Kalau diikutkan,genre yang
paling saya minat adalah horror dan thriller.Siapa pernah tengok cerita Corspe
Party,Another,Ghost Hunt,Attack on Titan,Akame Ga Kill dan Criminal Minds (Korea)???Ni di
antara cerita thriller dan horror yang best.Cubalah menonton.
Sword Art Online (SAO)
Soredemo Sekai Wa Utsukushii
Corpse Party
Another
Ghost Hunt
Attack on Titan
Akame Ga Kill
Criminal Minds (Korean Drama)
Okay.Benda kedua
yang saya suka buat di masa lapang adalah bersukan.Tapi benda ini bukanlah
selalu saya buat.Bila orang ajak barulah bersukan.Hahahaha.Mana badan tu tak
lemah.Kalau diikutkan,dulu saya suka baca buku cerita.Cuma sekarang dah semakin
kurang membaca disebabkan kekangan masa dan tak jumpa buku yang
menarik.Jadi,memang layan ceritalah selalu.Okay tolak tepi pasal cerita.Sejak
dulu saya memang selalu main badminton dengan adik-beradik dekat court yang
berdekatan dengan rumah.Cuma sekarang semakin berkurang. Yelah, kosnya ngak
ada.Jadi,hanya mampu tengok orang main badminton dari jauh.Main badminton tanpa
court tak bestlah.Tak terasa macam pemain professional (main pun selalu pukul angin.Ada
hati nak jadi pemain professional hahaha..).Tapi memang betullahkan main
badminton tanpa court tu tak apa lagi,tapi tanpa net memang tak best.Jadi hari
tu,silat ada anjurkan main badminton dekat Kolej Keris Mas.Sahaja-sahaja je
permainan badminton tu.Bukannya pertandingan.Mereka sahaja mahu mengerat
hubungan sillaturrahim sesama ahli kumpulan.Apa lagi.Memang saya joinlah.Dah
lama tak main,memang berkaratlah skill tu.Tapi apa peduli,asalkan kita enjoy!!!Oh
selain badminton, jumaat malam minggu ni ada lagi game.Kali ni main futsal
pulak dekat Kolej Pendeta Za’ba.Tak sabar nak join.Selain main badminton,bola
tampar (ini dulu), bola baling,saya juga aktif larian.Takdalah larian sangat
pun.Lebih banyak berjoging dan berjalan ja.Hahaha.. .Kalau pernah baca post
sebelum ini, saya selalu join ‘Lari sambil Beramal’.Ha..waktu tu jelah saya jogging
+ jalan.Di masa lapang,tak jogging pun.Lari?Jauh sekali nak buat.Hahaha…
Tengah main badminton
Tunggu giliran nak main.Hahaha!!
Dah habis main.Jadi,bergambar kejap
Hm..dua tu jelah
saya suka buat di masa lapang.Terima kasih kerana sudi membaca.Lain kali saya
update blog pasal benda lain.Sekian,terima kasih.
Assalamualaikum…
No comments:
Post a Comment