Assalamualaikum kepada para pembaca
sekalian.Post kali ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dalam Projek
Mengindahkan Bandar Baru Bangi.Projek ini merupakan di bawah citra kami iaitu
Citra Pembangunan Diri.Projek ini dilaksanakan di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.
Sebenarnya,
saya baru sahaja menjalankan projek ini tadi.Hahaha.Balik sahaja ke bilik,terus
update blog.Jadi,selamat membaca.Projek ini sebenarnya agak menarik pada
pandangan saya.Yelah,kitakan jarang-jarang buat kerja-kerja komuniti ini.Ya ke
jarang?Ke saya seorang sahaja yang jarang?Hahahaha…
Secara
jujurnya saya memang jarang pun buat benda-benda buat macam ini.Bila didesak
baru buat.Hahaha..Teruk betul saya inikan?Jangan tiru tahu!!!Kepada para
pembaca, rajin-rajinkanlah buat kerja komuniti ini.Kerja-kerja ini bukan bagi
kebaikan kepada orang lain sahaja,tetapi kepada diri kita juga.Kerja komuniti
ini memupuk diri kita untuk bekerjasama dengan orang lain di samping dapat
mengeratkan hubungan sesama manusia.Ia juga dapat mendekatkan diri kita dengan
alam.Bila diri kita rasa dekat dengan alam,barulah kita rasa bahawa jaga
kebersihan sangat penting untuk mengekalkan kesempurnaan alam.
Okay
berbalik kepada peristiwa pagi tadi.Semua orang yang terlibat perlu berkumpul
di Dewan Gemilang di sebelah stadium UKM awal 15 minit sebelum pukul 8 pagi.Tapi
saya???Hahaha…Gara-gara tidur lambat semalam,saya bangun lewat.Selepas solat
subuh,ingat nak tidur sekejap untuk hilangkan rasa ngantuk.Alih-alih
terlajak.Nasib baik Roomate call nak ambil baju.Dengan terkebil-kebil,saya
tengok jam.Ya Allah,dah pukul 7.30 pagi.Dahlah tak mandi, tak siap,tak sarapan
dan macam-macam tak lagilah.Hahahaha…memang kelam kelibut betul pagi tadi.
Selepas
siap semua benda,keluar bilik dan terus gerak pergi Dewan Gemilang.Nasib baik
Dewan Gemilang dengan Kolej Keris Mas tidak jauh sangat.Kalau tak,nasiblah
nak!!Dan nasib baik juga ada ramai lagi orang yang lambat dari saya.Hahahah…Ingatkan
saya orang terakhir tadi.Biasalahkan.Nama pun hari Sabtu.Sah-sahlah orang akan
tidur lambat semalam,ataupun tidur balik selepas solat subuh.Kan,betul tak?
Okay,lepas
sampai sahaja di Dewan Gemilang,saya terus pergi daftar dan ambil sarapan
pagi.Lebih kurang 30 minit kemudian,kami naik bas dan terus gerak pergi Seksyen
16.Sebenarnya,saya ingatkan Seksyen 16 ini jauh.Bukanlah bermaksud yang saya
tidak tahu kawasan Bangi.Tetapi saya memang tidak tahu nama jalan.Saya tahu
tempat dan jalan nak pergi tempat itu tapi saya tidak tahu nama jalan tempat
itu.Alih-alih dekat sahaja dengan UKM.Mungkin dalam 30 minit kalua berjalan
dari Seksyen 16 ke pintu depan UKM.
Sampai
sahaja di Seksyen 16,kami dibahagikan 3 kumpulan.Kumpulan 1 bersihkan kawasan
rumah-rumah orang.Kumpulan 2,bersihkan padang bola dan termasuk longkang dekat
padang itu jugalah.Kumpulan 3,bersihkan kawasan Rumah Council (nama perumahan
dekat situ).Saya dengan ahli group Pembangunan Diri (PD) tawarkan diri untuk
masuk Kumpulan 1 (sebenarnya tidak mahu masuk Kumpulan 2 sebab lecak dan tadi
jumpa ulat beluncas.Geli!!Hahahaha..).
Kami
menjalankan tugas kami dengan penuh dedikasi.Hahaha..acah betul.Tapi kami
memang buat betul-betul pun walaupun kami banyak bercakap.Sampah yang kami
kutip banyak tahu sampai plastic mahu terburai.Hahaha…
Selepas
selesai gotong-royong, kami dengar ceramah mengenai Kenali Ubat Anda,
Penyimpanan Ubat Yang Betul dan Bahaya Denggi.Memang mengantuklah.Sudahlah
tidur lewat malam tadi.Pukul 4 pagi pulak tu.Lepas itu,sudah penat-penat
bergotong-royong hampir separuh taman.Lepas itu dengar ceramah.Tersengguk-sengguk
jugalah tadi.
Selesai
segala-galanya,kami balik UKM.Nasib baik mereka bagi makanan tengah hari Jimat
duit saya.Duduk di universiti ini memang pakai banyak duit.Kamu semua sendiri
kena pandai berjimat.
Akhir
sekali,sampai sinilah coretan post saya.Hahaha…formal betul tapi ayat rojak
(campur Bahasa Melayu dan Inggeris).Kat bawah adalah gambar group kami.Terima
kasih kerana membaca.Assalamualaikum..
Sebelum bergerak,kita selfie dulu!!!
Saya nampak macam pencuri dah dekat belakang itu.Hahaha...
Kutip..Jangan tak kutip..
Sudah habis gotong-royong pun wajib ambil gambar juga
Sedih (TT) gambar sendiri tidak nampak dihalang oleh orang lain
No comments:
Post a Comment