Assalamualaikum kepada pembaca.Hari ini saya rajin sikit nak buat
dua post.Hahaha.Sebelum ni bukan malas.Cuma bila taip kat blog,laptop jadi hang
kejap.Tu yang tak syok nak menaip blog.Tapi kali ini saya dapat idea.Saya taip
kat Microsoft word dulu and then nanti baru copy paste ke blog.Bijakkan saya
(hahaha…sebenarnya agak lembab sebab sekarang baru perasan).Tak apa.Kita
ketepikan itu dulu.Hari ini saya nak ceritakan tentang saya di Hari Interaksi
Silat Cekak Hanafi UKM (SCHUKM).
Kem itu
berlangsung pada tarikh 20 Oktober 2017 sampai 22 Oktober 2017 kiranya 3 hari 2
malam.Tetapi pada hari ke-3, saya terpaksa balik awal disebabkan ada larian di
Tasik Cempaka,Bangi.Sebenarnya kem ini berlangsung pada waktu semua budak
degree cuti mid sem.Memang sedih juga la sebab cuti kena ambil untuk kem
ini,tapi saya bercadang untuk Tarik semula rasa sedih itu kerana kem sangat
seronok.
Kerana kem ini
saya dapat kenal hampir semua ahli SCHUKM.Kerana kem ini juga saya dapat rapat
dan mengenali dengan lebih mendalam ahli-ahli SCHUKM.Kerana kem ini juga saya mendapat
banyak ilmu tentang Silat Cekak Hanafi.dan akhir sekali kerana kem ini juga
saya dapat hilangkan rasa tertekan dengan pelajaran kerana saya seronok main
game sepanjang kem ini.Hahahaha.
Sebelum ini,saya datang
kelas silat ini hanya untuk belajar silat.Datang ambil buah,praktis dan
balik.Kami langsung tak kenal sesama sendiri disebabkan banyak faktor.Sebab
yang pertama,kami begitu sibuk untuk praktis buah dengan pasangan kami sampai taka
da masa nak berkenalan.Sebab kedua,habis je kelas,semua berpusu-pusu nak balik
(termasuklah saya) sebab nak kejar bas.Kelas kami habis pada pukul 11 p.m. tapi
kadang-kadang terlewat 10-15 min.Bas pada waktu malam tak banyak dan mengambil
masa 30 min untuk sampai ke bus stop.Kadang-kadang kami terpaksa menunggu
sampai pukul 11.40 p.m. untuk mendapatkan bas.
Okay tolak cerita
pasal kelas silat.Kem ini memang tujuan die untuk merapatkan ukhuwah.Pada
mulanya saya join kem ini sebab ada markah kelas.Tapi niat saya bertukar
akhirnya.
Pada hari pertama,selepas
meletakkan barang-barang keperluan di tempat sepatutnya,kami dikehendaki turun
ke bawah untuk berkumpul.Saya lupa nak cakap,kem ini diadakan di Hutan
Pendidikan Alam,UKM.Walaupun namanya hutan,tapi kami tidak tidur dalam khemah
pun.Di situ tersedia pelbagai kemudahan.Dari dewan terbuka,dapur,tandas
sampailah tempat untuk solat disediakan.Okay berbalik kepada cerita tadi.Kami
berkumpul di dewan terbuka untuk sesi perkenalan diri.Tapi kami bukan kena
perkenalkan diri macam biasa.Kami disuruh main game.Game ini dinamakan sebagai ‘Awak
Suka Saya Tak?’Siapa pernah main angkat tangan.Hahahaha.Game ni quite
popular.Saya pernah bermain sebelum ni,jadi tiada masalah untuk bagi saya
memahami bagaimana game ini berlangsung.Sepanjang game ini berlangsung,bagi
siapa yang lambat duduk,dia perlu perkenalkan diri dia (nama,asal,course
apa,fakulti mana).Tapi dia perlu perkenalkan dengan cara yang unik.Ada orang
yang kena bersyair untuk perkenalkan diri,ada yang sajak,ada yang menyanyi,ada
yang pantun dan banyak lagi.Nasib baik saya tak kena.Hahahaha.Saya ni confident
level kurang sikit.So kalau kena tu,memang malu betullah.Silap hari bulan saya
tak bercakap langsung dengan orang nanti.Hahaha.
Permainan Game 'Awak Suka Saya Tak?'
Lepas itu kami
dibahagikan kepada kumpulan masing-masing.Saya kumpulan Singa.Dalam kumpulan
ini terdapat 2 lelaki termasuk faci dan 4 orang perempuan.Kami dikehendaki
untuk duduk dalam kumpulan dan perkenalkan diri kepada ahli kumpulan
masing-masing sambal lilit tali pada 2 jari tangan (jari telunjuk dan jari
tengah).Selepas semua orang habis perkenalkan diri,kami diuji dengan meletakkan
mangkuk yang berisi air di atas tali yang dah dililit.Kiranya mereka nak uji
ukhuwah antara kami.Hahaha.Apabila diletakkan mangkuk yang berisi air tu pada
tali,kami dikehendaki untuk bangun dan duduk sebanyak lima kali.Rule dia jangan
bagi air tumpah.Kami Berjaya!Kuatkan ukhuwah kami.Hahahaha.
Saya tengah lilit pada jari tangan sambil perkenalkan diri
Bina strategi macam mana nak bagi kukuh tali tu
Diuji dengan mangkuk yang berisi air
Pada malam
itu,kami ada ceramah yang bertajuk kenali Silat Cekak Hanafi.Memang mengantuk
lah.Belajar sejarah kan.hahaha.
Tengah khusyuk (tidur) dengar ceramah.Hahaha
Waktu tangah
hari,kami ada explorace.Hahahaha.Waktu explorace ni memang tidak boleh
blah.Orang lain dah start dekat check point masing-masing,kumpulan kami masih
lagi terkial-kial cari kat mana tempat yang patut kami tuju berdasarkan clue
yang diberi.Check point adalah melukis.Kami dikehendaki melukis mengikut gambar
yang diberi.Tapi bukan lukis sambil tangok gambar tersebut.Kami perlu menghafal
gambar tu dalam masa 10 saat dan melukis pada kertas kosong dalam masa 10
saat.Kelakarkan.Korang dapat bayangkan kitorang dah macam lipas kudung waktu
melukis gambar tu.Selesai melukis,kami mendapat bahan untuk memasak pada petang
nanti
Check point
seterusnya pula,kami perlu tahan nafas dalam air selama 3 min untuk satu group
(lebih kurang 36 saat setiap orang).Pergh,waktu tu memang masak.Saya tak pernah
tahan nafas dalam air selama tu.Waktu giliran saya,saya hanya mampu dapat
belasan saat je.Apabila dicampurkan,kitorang tak mencapai target iaitu 1 min 45
saat.Jadi,kami kena denda.Salah seorang dari kami kena lompat tali sebanyak 30
kali di atas pasir.Disebabkan denda tersebut,masa second try tahan nafas kami
dikurangkan dari 3 min ke 2 min 30 saat.Kami try sekali lagi.Dan akhirnya kami Berjaya
dengan 2 min 45 saat.Kami memang hebat.
Gambar group sendiri tidak ada.Terpaksa ambil group lain punya gambar.
Check point
seterusnya adalah teka teki dan buat gaya tanpa suara kepada ahli
kumpulan.Check point ini kami terambil masa lebih sikit.Nampaknya tiada seorang
pun diantara kami yang pakar dalam permainan ini.Hahaha.Tapi akhirnya kami
still Berjaya walaupun lambat sedikit.
Check point
ke-4,kami disuruh untuk membina bangunan yang kukuh menggunakan stick
spagethi.Kami hanya diberi 10 batang stick dan 30 cm seletip.Apabila siap
dibina,bangunan kami diuiji dengan diletakkan mashmallow besar di atasnya.Kami Berjaya!Dalam
check point ni,kami hanya mengambil masa yang sedikit je.Sebabnya kami buat
bangunan sambal rangka strategi.Mmemang x efisien.Tapi sebabkan kejar masa
punya pasal,tibai aja.Hahaha
Group lain yang berjaya bina bangunan yang kukuh.
Check point yang
terakhir.Kami dikenhendaki bawa cawan beris air di atas kain pelikat/kain batik
dan berjalan di atas jalan yang tidak rata sampai ke garisan yang
ditanda.Cubaan pertama kami gagal.Cubaan yang ke-2,kami lipat kain pelikat
menjadi kecil supaya kain tu menjadi tegang dan tidak kendur.Cubaan kedua kami
pun Berjaya.
Kami group pertama
yang sampai di garisan penamat.Bangga kejap.Hahaha.Selepas acara explorace,kami
kena masak semua bahan-bahan masakan yang diberi ketika main explorace
tadi.Bahan yang kami dapat adalah telur,sardine tin besar,cili,bawang dan lilin
untuk nyalakan api.Lepas masak,kami disuruh makan apa yang kami masak.Makan
dalam dulang yang besar.Hahaha.Memang tak habis.Banyak betul nasi yang die
letak.
Group lain tengah bertungkus lumus masak.Hahaha
Banyakkan nasi yang dia letak.
Malam itu,kami ada ceramah.Lepas ceramah kami
main game puzzle dan traffic jam.Yang puzzle tu,kami disuruh koyakkan gambar
yang diberi,lepas tu faci tukar gambar kami dengan group lain.
Tengah bertungkus lumus menyiapkan puzzle hasil daripada koyakan tangan kami sendiri
Selepas main
puzzle tu,kami main traffic jam.Wah memang jam betul.Hahaha.Pening saya main
game tu.Game tu ada banyak rules.Rules yang pertama,hanya jalan satu kotak
sahaja.Rules kedus,semua mesti balik kampong.Tidak boleh ada yang
tertinggal.Rules ketiga,dah jalan ke hadapan,tak boleh undur balik.Rules
keempat,hanya boleh potong seorang sahaja.Rules kelima,tidak boleh cross.Rules
keenam,kalua dah jam,kana start semula balik.Game tu memang susah.Die
memerlukan kemahiran strategi yang tinggi.Group saya sampai ke akhirnya tidak Berjaya.Kami
Berjaya balik kampung,tetapi tak Berjaya balik ke rumah semula.Hahaha.
Tengah tunggu giliran nak balik kampung
Hari ketiga saya
tak dapat datang.Memang sedih sebab tak dapat nak habiskan kem ni hingga
akhirnya.Sedih juga sebab baru je rapat dengan ahli,dah kena pergi program lain
pula.
Aktiviti lain yang tak diceritakan di atas.Kalau cerita sekarang,memang sampai tahun depan tak habis.Hahaha.Acah je!
Assalamualaikum....
Aktiviti lain yang tak diceritakan di atas.Kalau cerita sekarang,memang sampai tahun depan tak habis.Hahaha.Acah je!
Penceramah tak nak kenal kami.Jadi,kami disuruh tulis nama dan lekat pada dahi
Semua orang kena buat tidak kisah asas ke,potong ke atau tamat sekalipun
Aktiviti 'Energizer'.Setiap kali kami lemau,kami kena menari
Kali ni pun kena lagi.Hahaha.
Memperkenalkan logo kumpulan kami.Cantik kan!!!
Walaupun sebenarnya bukan saya yang lukis,tapi tetap kena senyum,tunjuk konon-konon kita yang lukis.Hahaha
Bersedia!Kami nak buat sorak dari group Singa.
Tengah ready!!!
Go Singa! Go Singa! Aaauuummm!!!
Saya berharap lepas ni SCHUKM akan buat banyak lagi aktiviti macam ni lagi.
Bukan tangan saya.Entah siapa makhluk ni.Just nak share je gambar.Hahaha!!
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment