Assalamualaikum
kepada para pembaca sekalian.Okay,hari ini saya mahu kongsikan pula pengalaman
saya menjadi ‘runner’, ‘usher hadiah’ dan ‘usher red carpet’ sepanjang saya
bergelar ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas (UPKKM).
Kalau pembaca
sudah membaca post saya sebelum ini, saya pasti bahawa pembaca yang disayangi
sekalian (hahaha..) sudah pun mengetahui bahawa saya telah menyertai
UPKKM.Adakah pembaca tahu apa itu protokol?Kalau pembaca kurang berpengetahuan
tentang perkara ini, saya syorkan pembaca mencuba untuk menjadi ahli protokol juga
walaupun sekali.Memanglah pada mulanya pembaca akan rasa bahawa menjadi ahli protocol
itu tidaklah seindah mana.Yelah,kebanyakan kerja protocol adalah jaga VIP,susun
kerusi untuk VIP, perlu sentiasa ‘follow up’ dengan VIP dan macam-macam lagilah
yang berkaitan dengan VIP (hahaha…bunyi macam tidak seronokkan?saya pun rasa
macam itu pada mulanya.)Tetapi sekali pembaca menyertainya, pembaca akan merasa
bahawa menjadi ahli protocol ini sangat TERBAIK.
Okay,sebelum
saya menceritakan pengalaman saya menyertai UPKKM, saya mahu menceritakan dulu
macam mana saya boleh terjebak untuk menyertai UPKKM.Boleh tidak,pembaca?Kena
baca panjang sikit sahaja,okay?
Pada suatu
malam (hahaha…macam cerita dongeng pula), saya bersendirian di dalam bilik
mengenangkan diri ini tidak dapat masuk SUKSIS (jangan Tanya kenapa tidak dapat
kalua mahu hidup!!hahaha..).Saya memang sudah lama berangan-angan mahu meenjadi
SUKSIS (Sukarelawan Polis) sebab mahu menjadi seperti kakak saya yang telah 3
tahun bersama dengan SUKSIS.Saya mahu jadi seperti dia di mana ramai
kawan-kawan yang rapat (kawan SUKSIS), rapat dengan jurulatih, dikagumi
kawan-kawan mahupun jurulatih dan bermacam-macam lagi.
Tapi manusia
hanya merancang.Saya pergi ke ujian fizikal dan tidak lulus untuk ke peringkat
temu duga.Saya redha walaupun agak tertekan.Yang saya risau adalah macam mana
untuk saya terus mendapatkan kebenaran untuk tinggal di kolej selama tahun
pengajian saya.Takkanlah saya mahu ulang alik dari rumah ke U?Walaupun rumah
tidak jauh sangat,tapi kepenatan ulang alik tu pasti terasa punya.Belum lagi
kira pasal duit.Mesti melimpah macam air.Yelah,kena bayar duit minya lagi
dengan tol lagi tidak termasuk yuran pengajian lagi.
Saya rasa
sebab itu saya tidak dapat SUKSIS.Niat itu tidak betul.Masuk SUKSIS hanya untuk
dapatkan kolej.Jadi,kawan saya menenangkan saya.Dia kata, “Malam ini ada temu
duga untuk Unit Protokol.Pergilah.”Berbekalkan semangat tanpa apa-apa
persediaan (waktu itu saya langsung tidak tahu apa kerja protocol.Hahaha…selamba
sahaja pergi temu duga tanpa buat persediaan).Saya pergi temu duga itu dan saya
lulus dengan tidak berapa cemerlangnya.Hahahaha…
Nampaknya
perangcangan Allah lagi baik.Sepanjang menyertai UPKKM,saya belajar banyak
benda.Antaranya ilmu protocol, dapat ramai kawan juga, dapat senior yang
sangat-sangat baik, dihargai oleh sekretariat (lebih kurang persatuan la) yang
lain, dapat makan percuma (hahaha… apabila UPKKM bantu secretariat yang lain,secretariat
itu tidak akan kenakan bayaran makanan kepada UPKKM.Jadi,kami dapat makanan
percuma) dan pelbagai lagi.Pembaca kena tahu.Duduk U memang pakai banyak
duit.Jadi,bila dapat makanan percuma,memang ‘Heaven’ la.Hahaha…
Jadi,berbalik kepada tajuk utama.Pengalaman menjad ‘runner’ dengan ‘usher’.Usher
red carpet,tidaklah susah pun kerja dia.Kita hanya perlu
v
berdiri dan senyum sepanjang red carpet apabila
VIP berjalan di red carpet tersebut.
v
usher red carpet perlu hafal tentatif dengan
masanya sekali.Yelah,kalua VIP tiba-tiba Tanya usher red carpet tentang
tentatif tapi kita tidak mendapat menjawabnya,tidakkah malu kita nanti.Bukan
kita sahaja yang malu, semua ahli protocol juga akan terpalit sama.
v
usher red carpet juga perlu pastikan pintu
tandas yang berdekatan dengan red carpet perlu ditutup sebelum VIP lalu.
v
pastikan
tiada cahaya yang silau apabila VIP lalu.
v
pastikan
red carpet bersih daripada sebarang jenis sampah.
v
pastikan juga tiada orang lain yang bukan VIP sesuka
hati lalu di red carpet
v
Jaga lif supaya tiada orang naik (kalua laluan
VIP itu kena naik lif)
dan pelbagai lagi lah.Kalau nak cerita kat sini,satu hari
pun tidak cukup.Hahaha…acah betul.
Okay,selesai
pengalaman menjadi ‘usher red carpet’.Yang seterusnya adalah ‘usher hadiah’.Usher
hadiah juga tidak banyak kerja.Mereka perlu
- Bersedia dengan hadiah sebelum MC mengumumkan nama penerima hadiah
- Pastikan kita tahu di mana kedudukan kita bila nak beri hadiah kepada penyampai hadiah kepada VIP (berdiri sebelah jawatan orang yang rendah sebab dia yang akan beri hadiah kepada VIP untuk disampaikan kepada penerima hadiah).
- Perlu pantas apabila naik ke pentas (jangan buat VIP tunggu hadiah)
Saya rasa itu jelah agaknya tugas usher hadiah.Sepanjang
saya jadi usher hadiah, itulah kerja saya (wah sebut macam sudah banyak kali
jadi usher hadiah.Padahal baru sekali.Hahaha…)
Akhir sekali
adalah menjadi ‘runner’.Kerja runner lagi senang tetapi akan jadi susah bila
ramai VIP yang akan datang pada masa itu.Sebelum itu,pembaca tahu tidak apa itu
runner?Runner adalah orang yang pertama mengetahui ketibaan VIP kerana mereka
ditugaskan untuk menunjuk jalan kepada VIP supaya VIP tahu di mana mereka perlu
parking.Tugas mereka ialah
- Kenal VIP (perlu tahu muka,nama,no plate kereta,jenis kereta dengan warna)
- Pastikan parking kereta VIP sudah di reserve
- Pastikan kad access ada (sekiranya ada palang dekat parking kereta)
- War-warkan bahawa VIP sudah sampai supaya ahli lain ‘get ready’
- Tunjuk arah kepada VIP di mana untuk parking kereta
Itu sahajalah tugas saya sepanjang menjadi runner.Runner ini
kena sentiasa bersedia kerana kita tidak tahu bila VIP akan sampai.
Jadi,sampai
sini sahajalah perkongsian saya tentang pengalaman menjadi ‘runner’ dengan ‘usher’.Saya
tidak tahu lepas ini saya akan ditugaskan apa pula.Saya minta janganlah saya
kena jadi ‘usher utama’ ataupun PIC (person in charge).Dua jawatan ini
sangatlah banyak kerja.
Kalau saya
dapat jadi salah satu daripada 2 perkara di atas, saya akan update lagi
pengalaman tersebut.Jadi,selamat maju jaya.Assalamualaikum
Hari Interaksi UPKKM
Bergambar setelah habis Program Hari Interaksi UPKKM
Bergambar setelah membantu Sekretariat sukan
Sambil mambantu sekretariat kerohanian,ahli UPKKM dibenarkan join aktiviti tanpa bayaran!!!
Aktiviti sembelihan.Ahli UPKKM turut menyembelih ayam
Bergambar dengan Ustaz yang mengajar tentang sembelihan
Bergampar setelah habis majlis penutupan Karnival Islam Kolej Keris Mas (KI2KM)
Bergambar lag??Hahaha...