Translate

Tuesday 12 September 2017

Kenalilah Diri Saya










Assalamualaikum,

          Nama diberi Nur Fatihah binti Muhamad.Merupakan anak ke-5 daripada 5 orang adik beradik.Berasal dari Selangor dan di negeri itu jugalah merupakan tempat kelahiran saya.Berumur 19 tahun di mana telah menyambung pelajaran di salah satu universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Saya telah menyambung pelajaran dalam bidang Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.

          Sebelum ini saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor dalam bidang Perakaunan selama 1 tahun.Pelbagai cabaran dan halangan yang telah saya hadapi sepanjang saya belajar di matrikulasi tersebut.Kini,semuanya merupakan kenangan terindah buat saya.Kenangan tersebut akan kekal di dalam memori sepanjang hayat.

       Setiap orang mempunyai hobi dan cita-citakan?Jadi saya juga mahu berkongsikan hobi dan cita-cita saya.Saya mempunyai banyak hobi tetapi perkara yang paling saya suka ketika masa lapang ialah melihat cerita.Tidak kisah cerita itu daripada genre apa asalkan cerita itu menarik dan mudah difahami.Bagi cita-cita pula,saya mahu membuka sebuah cafe yang menjual pelbagai manisan.Saya ingin memberikan kemanisan kepada semua yang datang ke cafe saya selain dapat merasa suasana yang tenang.Saya mahu wujudkan suasana kekeluargaan di antara pekerja suapaya mereka akan berasa seronok dan bermotivasi untuk bekerja.

          Nampaknya di sini sajalah perkenalan diri saya.Sekian.

No comments:

Post a Comment