Translate

Tuesday 26 September 2017

Cara Membuat Isi Kandungan Menggunakan Microsoft Word

          Assalamualaikum.Hari ini saya mahukan kongsikan kepada pembaca cara untuk membuat isi kandungan menggunakan Microsoft Word.Saya pasti semua orang tahu untuk membuatnya.Tetapi adakah pembaca tahu cara yang lebih mudah untuk membuat isi kandungan berikut?Selama ini kita buat isi kandungan dengan cara manual,bukan?Cara manual yang dimaksudkan di sini adalah kita taip sendiri isi kandungan tersebut tapi sebenarnya ada cara di mana kita tidak perlu taip sebaliknya automatik komputer buat.Sebenarnya saya baru sahaja belajar cara ini dalam kelas Aplikasi Komputer semalam.Hahaha.Jadi,saya mahu kongsikan ilmu tersebut.Caranya adalah seperti berikut:

Isi Kandungan.

1. Pastikan pembaca sudah siap semua data dalam microsoft tersebut sebelum membuat isi kandungan. 
2. Pastikan ada 'layout' kosong untuk isi kandungan.
3. Bold kan ayat yang menjadi tajuk utama untuk isi kandungan.Pergi pada 'References'.Tekan 'Add text'.Lepas itu,tekan 'Level 1'.Lihat seperti contoh di bawah.

Gambar 1
     
4. Ayat yang di bold tadi mungkin akan menjadi macam di bawah.Jadi,edit balik dekat 'Home'.

Gambar 2

5. Apabila sudah edit,tekan 'Format Painter' di 'Home' dan paintkan semua ayat yang menjadi tajuk utama.


Gambar 3


Gambar 4

6. Pergi balik ke 'Layout' yang dikosongkan tadi.
7. Lepas itu,pergi pada 'References' semula.Tekan 'Table of Contents'.Pilih dan tekan antara 'Automatic Table 1' atau 'Automatic Table 2'.Nanti akan automatik isi kandungan 
muncul macam gambar di bawah.


 Gambar 5


 Gambar 6


Gambar 7

 8. Siaplah isi kandungan kita.


Tajuk-tajuk Kecil Isi Kandungan


1. Pergi pada 'References'.Boldkan tajuk-tajuk kecil.Tekan 'Add Text'.Lepas itu,tekan 'Level 2'.Lihat seperti contoh di bawah.

Gambar 8

2. Edit & paintkan menggunakan 'Format Painter' pada semua tajuk-tajuk kecil (seperti gambar 4).
3. Pergi balik ke 'Layout' yang kosong tadi.
4. Lepas itu,pergi pada 'References' semula.Tekan 'Update Table'.Nanti muncul 'Update Table of Contents' seperti gambar di bawah.Tekan 'Update entire table' dan tekan 'OK'.


Gambar 9

5. Automatik tajuk-tajuk kecil muncul pada isi kandungan kita tadi.Siaplah isi kandungan kita.


Gambar 10

Saya harap perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk menjimatkan masa dalam menyiapkan tugasan atau projek.Jadi,selamat mencuba.

2 comments:

  1. sangat sangat membantu :) thankyou so much. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete