Translate

Thursday 5 October 2017

Hari Sukan Kolej Keris Mas

          Assalamualaikum kepada pembaca semua.Hari ini saya mahu menceritakan pengalaman hari sukan di Kolej Keris Mas iaitu salah satu kolej yang terbesar di Universiti Kebangsaan Malaysia.Hari sukan itu berlangsung pada 29-30 September 2017.Pada 29 September 2017,sukan itu berlangsung pada malam hari disebabkan pada waktu siang kami semua ada kelas.Disebabkan berlangsung pada waktu malam,jadi sukan yang berlangsung pada waktu itu hanya badminton,sepak takraw dan ping pong.Semua sukan itu merupakan sukan dalaman.Saya tidak menyertai apa-apa permainan pada waktu itu.Jadi,saya hanya menjadi tukang sorak di tepi sahaja.

          Pada 30 September 2017,kami memulakan aktiviti dengan senamrobik sebelum bermulanya pertandingan.Oh lupa nak bagitahu.Saya dari rumah biru.Semua tukang sorak dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Saya sorak pemain bola tampar rumah biru lelaki dan perempuan.

Video Rumah Biru menang dalam acara bola tampar lelaki


          Selain bola tampar,ada juga permainan futsal,bola jaring,batu seremban,bola keranjang dan congkak yang berjalan pada masa itu.Terdapat keunikan dalam pertandingan kali ini.Keunikan hari sukan ini ialah sepak takraw bukan sahaja dimainkan oleh orang lelaki,sebaliknya perempuan juga turut menyertai.Begitu juga dengan bola jaring.Bola jaring bukan sahaja dimainkan oleh orang perempuan tetapi juga turut dimainkan oleh orang lelaki.


Gambar lelaki Rumah Biru berlawan dengan Rumah Merah dalam acara bola keranjang

          Pada sebelah petang,kami ada Majlis Penutupan Hari Sukan Kolej Keris Mas dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang.Kami unit protokol bertugas dalam membantu sekretariat sukan untuk menjayakan majlis ini.Unit Protokol ditugaskan untuk mengiringi VIP ke dewan,menjadi MC untuk majlis tersebut dan menyusun kerusi VIP serta bertugas untuk memberikan hadiah kepada VIP untuk diberikan kepada pemenang.




Ahli-ahli Unit Protokol Kolej Keris Mas 2017/2018


Ahli-ahli Rumah Biru yang menang


         Secara keseluruhan,Rumah Biru mendapat tempat ke-2 dan Rumah Kuning dapat tempat pertama.Tidak mengapalah.Yang penting kita dah berusaha.Dapat tempat kedua juga sudah sangat membanggakan.Tahniah Rumah Biru!!!!Tahun depan mari kita kalahkan Rumah Kuning.Caiyok,Biru!!!Biru Boleh!!!




Ahli-ahli Rumah Biru.